Wednesday, October 16, 2013

Kerana lidah tidak bertulang

Salam Sahabat...
Maaf kerana agak lama kita tidak bersua. Bukan sudah melupakan laman ini, cuma masa yang tidak begitu mengizinkan.
Kenapa ya wahai sahabat...kita selalu terikut pada rasa amarah. Sehinggakan kita tidak sedar ada kata-kata yang kurang enak terluah dari lidah yang tidak bertulang itu, menerjah ke telinga tembus sampai ke hati.
Tak bolehkah wahai sahabat, rasa amarah itu kita redakan dengan memuhasabah diri kita sendiri.
Kenapa perlu kita mengajar, memberi peringatan dengan kata nista serta celaan.
Adakah dengan cara itu akan membuat seseorang jadi hormat atau menyanjungi kita?
Wahai sahabat, orang-orang tua memberi bidalan. Kerana mulut, badan binasa. Ilmuan juga ada berkata, sekali kita mencela dan berkata nista, seribu bala menimpa akan kita.
Ajarilah dengan penuh berhemah. Tunjuklah dengan adap. Bukankah itu lebih mulia. Menggambarkan sifat pemimpin yang agung.
Mungkin sahabat, kita menjadi alpa. Sehingga ego memayungi jiwa. Tapi sahabat, senantiasalah ingat..terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata?
Maaf sahabat, aku juga bukan insan yang terbaik. Persepsiku mungkin telah membataskan rasa hormatku. Namun akan kucuba sahabat, agar boleh memaafkan segala kekhilafan. Kerana lidah sahabat, lidah yang tidak bertulang.

Monday, April 8, 2013

Salam Sahabat...

Agak lama kita tak update blog ni kan. Nak kata tak ada idea...mungkinlah jugak kan. Sibuk? Hmmm..agak sibuk jugaklah... Maklumlah hari demi hari tanggugjawab makin banyak dan berat. Tak tergalas rasa bahu ni nak memikul semua amanah yang diberikan...namun apakan daya sebagai umatnya yang selalu redha maka kita cuba untuk memenuhi segalanya dengan sesempurna mungkin.

Insyaallah wahai sahabat, kita akan cuba untuk merajinkan diri menjenguk selalu layar putih ini. Buat masa ini, kita tinggal kan dulu dengan impian yang menggunung. Yang pasti, kita akan sentiasa ingat pada semua sahabat yang sudi menjenguk layar sepi milik kita ini kerana yang pasti "sepi itu indah". Kita rindu anda semua dan semoga berjumpa lagi....muahhhhhhhhhhhhhh!!!!!




Monday, October 8, 2012

CubaanKu Yang Pertama!

Salam Sahabat,

Apa khabar semua? Semoga sihat sejahtera hendaknya? heheheh...cam ayat poyo je kan...yelah kita perlulah beradap...bagi salam...tanya khabar...takanlah nak terus terjah je. Tak manis dipandang orang.

Kita selalu tenguk dan baca entri kawan-kawan yang selalu share tentang masakan. Kadang-kadang tu boleh terliur bila tenguk gambar-gambar makanan yang yummy dan superb delicious...hehehe. Tak kisahlah masakan Asia ke, masakan Barat ke. Adakalanya gambar nasi panas yang tengah berwap-wap berlauk sambal tumis dengan ikan kering pun dah boleh buat perut tetiba jadi lapar.

Tetiba teringat plak kelazatan Shepherd Pie yang opis mate buat masa majlis potluck kat opis. Hmmm...kita memang tersangatlah sukanya kalau menu2 yang semusim dengannya. Tapi nak buat taklah pandai sangat. So sebab teringin sangat nak makan, kita pun apalagi start la menggoogle resepi Shepherd Pie tersebut. Tenguk dalam peti ais, ok barang2 sumer ada. So apalagi bermulalah operasi percubaan pertama memasak Shepherd Pie tersebut. Tak taulah versi apa hasilnya nanti.
Ini rupa bentuk inti Sherpherd Pie kita. Kita ikut resepi dalam google then ubahsuai sikit ikut keselesaan...hahahaha.
Bahan-bahannya:
Daging Cincang Ramly Burger. Sayur Campuran, Cendawan Butang, Tomato Puree, Lada Hitam, Sos Worcestershire (beli kat Giant) Garam dan serbuk perasa. Bawang Merah dan Bawang Putih serta Butter untuk menumis.
Ini pulak kentang yang telah direbus dan lenyek-lenyek bersama butter dan fresh milk.

Bila dah lenyek, kita letak atas inti tadi dan sedia untuk dibakar.

Sebelum bakar tu, kita ada tabur sedikit cheese mozarella kat atas kentang tu...saje bagi sedap hehehe... 

Dan akhirnya, selepas menunggu lebih kurang 30 minit, inilah hasilnya...
Nampak sedap kan? hehehe...memang sedap tak sampai 1 jam dah tinggal suku...dibelasah oleh anak-anak. Alhamdulillah cubaan pertama berjaya. Lepas nie boleh lah berangan-angan nak masuk Master Chef....hahahaha....

Okeylah setakat ini sajalah entri kita kali ini. Moral of the story, usah takut untuk mencuba sesuatu yang baru dan usah gusar menghadapi hasilnya. Kerana orang yang takut pada cabaran adalah orang-orang yang takut berhadapan dengan kehidupan. Hidup ini penuh dengan warna-warni. Kita yang bertanggung-jawab untuk mencoraknya dengan lakaran yang kira inginkan.

Archives