Orang selalu kata, ayat-ayat dalam blog aku nie..tinggi sangat pengertiannya...hehehe...mengalahkan cam A.Samad Said. Tapi kalau dah memang ada bakat...apa nak dikatakan heh..heh...perasan plak aku. Hari ni aku nak citer pasal kecewa. Kenapa? Sebab aku memang tengah kecewa. Kecewa sebab apa? Dengan siapa? Hmmm...aku kecewalah...kecewa....perasaan aku nie rasa camtu...so aku kecewalah. Ialah sebab apa? Kecewa sebab gagal bercinta kah? Sebab tak dapat barang yang dihajati kah? Sebab apa yang kau azamkan tak tercapai kah? Hmmm...susah nak cakap. Tapi yang pasti jiwa aku terasa cam dihiris-hiris...woww...ayat drama la plak...tapi yang memang aku sedang kecewa.
Kecewa? Adakah anda pernah merasakanya? Tapi kenapa?
Semua orang pasti mudah untuk mengatakan kecewa, termasuk juga aku. Tapi, apa
makna kekecewaan itu sebenarnya jika kita sendiri tidak pasti bagaimana untuk
meluahkannya.
Kecewa pada diri? Atau, kecewa pada kegagalan?
Entah-entah kecewa itu hanya satu perasaan yang memang sengaja kita cipta. Kita
selalu bersyukur kerana kita menang, malah gembira apabila kita Berjaya. Tapi
bila kita kalah, bila kita tidak mencapai apa yang kita inginkan. Adakah kita
kecewa? Adakah kita kecewa? Ya, itulah yang kita rasakan. Adakalanya kita
merasakan seakan dunia kita berhenti sejenak.
Hanya Allah s.w.t. yang lebih
mengerti. Setiap kejayaan dan kegagalan ada hikmah disebaliknya. DIA yang
memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya dan kita hanya disuruh
berusaha. Usahlah kecewa. Teruskanlah usahamu dan bertawakallah.
Kerana setiap orang yang
berusaha untuk mencari kebahagian setelah mengalami berbagai kegagalan, ia
perlu beringat, kekecewaan baginya belum berakhir dan kegembiraan pula masih
belum berputik. Pasrahlah dan kemudian redhalah atas ketentuanNYA.
No comments :
Post a Comment