
Sukarnya berbicara tentang CINTA. Apatah lagi untuk memahaminya. Adakah sememangnya CINTA itu buta? Atau, kita yang tidak melihat keindahannya. Orang selalu mudah meluahkan rasa CINTA tapi tidak pernah mahu mengerti kesucian CINTA itu sendiri. Ramai yang mengagung-agungkan erti CINTAtapi tanpa mahu menyelami auranya.
CINTA itu ibarat kupu-kupu. Kalau dikejar ia akan lari. Namun jika dibiarkan terbang, dia akan datang di saat kamu tidak mengharapkannya. CINTA juga bisa membuat kita bahagia tapi sering juga ia mejadi racun dalam hidup. Jika CINTA diberikan pada yang pandai menghargai maka bernilailah ia. Jika tidak CINTA hanya ibarat sampah yang disepak teranjang orang ditepi jalan.

Eratnya CINTA bukan diukur dari lamanya sesuatu perhubungan itu. Dalamnya CINTA tidak semestinya kerana sudah lama bersama. Adakah CINTA itu sejati jika ia membawa ke ikatan perkahwinan. Setiakah CINTA jika membawa ke hujung nyawa? Apakah sebenarnya CINTA sehingga ramai manusia dahagakannya dan hebatkah CINTA sehingga ramai orang rebah tanpanya?
CINTA sesama manusia bukanlah seindah yang diimpi. CINTA kepada harta-benda adakalanya membinasakan diri. CINTA pada yang MAHA kuasa itulah yang paling hakiki.
p/s: Apa pula erti CINTA pada dirimu... mari kita kongsi bersama.