Friday, October 15, 2010

Ekspresikan CintaMu...


Sukarnya berbicara tentang CINTA. Apatah lagi untuk memahaminya. Adakah sememangnya CINTA itu buta? Atau, kita yang tidak melihat keindahannya. Orang selalu mudah meluahkan rasa CINTA tapi tidak pernah mahu mengerti kesucian CINTA itu sendiri. Ramai yang mengagung-agungkan erti CINTAtapi tanpa mahu menyelami auranya.

CINTA itu ibarat kupu-kupu. Kalau dikejar ia akan lari. Namun jika dibiarkan terbang, dia akan datang di saat kamu tidak mengharapkannya. CINTA juga bisa membuat kita bahagia tapi sering juga ia mejadi racun dalam hidup. Jika CINTA diberikan pada yang pandai menghargai maka bernilailah ia. Jika tidak CINTA hanya ibarat sampah yang disepak teranjang orang ditepi jalan.
Sememang indah apabila kita jatuh CINTA namun bila ditinggalkan CINTA adakalanya manusia boleh menjadi gila. Usahlah ungkapkan kata CINTA jika kita sendiri tidak mahu mempedulikannya. Ada orang bermadah CINTA sambil menatap mata, menggenggam erat kedua belah tangan tetapi didalam hati tidak pernah mempercayai CINTA. Ada orang berhabis bergolok-gadai kerana CINTA tetapi sebenarnya hanya untuk menunjuk-nunjuk yang dirinya berharta.

Eratnya CINTA bukan diukur dari lamanya sesuatu perhubungan itu. Dalamnya CINTA tidak semestinya kerana sudah lama bersama. Adakah CINTA itu sejati jika ia membawa ke ikatan perkahwinan. Setiakah CINTA jika membawa ke hujung nyawa? Apakah sebenarnya CINTA sehingga ramai manusia dahagakannya dan hebatkah CINTA sehingga ramai orang rebah tanpanya?
CINTA sesama manusia bukanlah seindah yang diimpi. CINTA kepada harta-benda adakalanya membinasakan diri. CINTA pada yang MAHA kuasa itulah yang paling hakiki.
p/s: Apa pula erti CINTA pada dirimu... mari kita kongsi bersama.

Saturday, October 2, 2010

Qistina dan Sweet Baby Girl Contest...

Comel tak caye....???

Sebenarnya bukannya apa kekawan. Saja suka-suka. Lagipun ada pelbagai peraduan disediakan, so apa salah mencubakan. Inipun untuk menggambarkan betapa berbangganya saya mendapat cahayamata yang begitu comel, montel dan sihat...
So kekawan, kalau rasa baby Qistina layak untuk menang apakata kekawan tolong undi ekk.... caranya senang je.

Step 1: Kena clik "Like" pada page Sweet Baby Gallery http://www.facebook.com/pages/SWEET-BABY-GALLERY/134607889909696
Step 2: Kena click "Like" pada photo Qistina (B066) http://www.facebook.com/photo.php?pid=208734&id=134607889909696&ref=fbx_album

Senangkan. Kekawan apa tunggu lagi. UNDILAH KITA SEMUA... hehehe

Friday, October 1, 2010

Time to earn xtra $$$


Grab Now!!!

This is not MAGIC.... money is not going to fall from the sky into your lap... BUT I'll show you a way to make it fall to your lap right after you do exactly as whhat I've done to make my MILLIONS!

You want to know the screct? Just click http://www.onlyinmalaysiamah.com/?ref=haidah_md for MORE and MORE info.

Start earning now. Transform yourself to the instant MILLIONAIRE.

Tuesday, August 17, 2010

Keluhan Hati Ummi dan Abuya

Kadang-kala diri seakan terkejut dengan pelbagai berita yang mengharukan... Tidak kira di ruang udara malah di dada akhbar... Berita pembuangan anak..tersiar di mana-mana. Tidak kira tempat, tidak kira masa. Nyawa seakan tiada nilainya. Boleh diadakan dan boleh ditiadakan dengan sekelip mata. Ahhh... tidak faham aku dengan sikap manusia ini. Sudah diibaratkan seperti haiwan yang bertopengkan manusia. Sungguh tidak berperikemanusian.

Muhammad Ariff Shafiq, Muhammad Ammar Asyraf dan Nur Ilyasha Qistina.. kamulah racun dan penawar hidup Ummi dan Abuya. Kamulah harta kami di dunia dan akhirat. Kehadiran kalian sememangnya kami nanti-nantikan.

Ariff.. kehadiranmu menjiwai hidup kami setelah 3 tahun menunggu. Kesabaran yang dibayar dengan gelak tangismu... diikuti Ammar 2 tahun kemudiannya...memeriahkan lagi hidup Ummi dan Abuya. Sungguh ceria hidup ini melihat kalian membesar. Qistina...kami tunggu kewujudan mu 10tahun lamanya. Adakalanya kesabaran itu mula pupus, tapi kami tidak pernah putus berdoa. Akhirnya, penantian kami berbayar kami... senyum manismu mewarnai alam ini.

Anak-anak... Ummi dan Abuya mendoakan agar kamu menjadi anak yang soleh dan solehah. Jadilah insan yang berguna di dunia dan akhirat. Anak-anak... kami tidak mengharapkan yang besar cuma harapan agar kamu tetap menjadi diri kamu sampai bila-bila.
Ummi dan Abuya senantiasa menyayangi kamu. Dan, senantiasa menghargai kehadiran kamu di dunia ini. Lihatlah tragedi sadis diluar sana di mana anak-anak yang dibuang keluarga... janganlah itu berlaku dikalangan keluarga kita. Hargailah nyawa sesama manusia kerana itulah satu-satunya pemberian Tuhan yang maha bererti.
Sesungguh anak-anakku...kamulah dambaan hati kami selama-lamanya.

Tuesday, March 9, 2010

Lama juga Aida tak update blog nie... bukannya saja cuma masa tidak mengizinkan....kalau nak tau sekarang nie... Aida pregnant... dah 8 bulan....

Masa 1st stage pregnancy memang teruk... mabuk tak larat sampai kerje pun dari rumah je... nasib baik company izinkan kalau tak mau berhenti kerja la jawabnya....

Aida sekarang rasa lonely sangat kat office... maklumlah dah tinggal sorang2 je... Musni officemate yang selalu ngan Aida dah pun resigned... yang tinggal semua budak-budak baru...hmmm entahlah... kerja pun macam dah tak seronok... asyik kena buli je... semua benda dicampak kat kita... management just lepas tangan...

Tak taula nak cakap apa... yang boleh buat hanya bersabar je... tapi nak sabar sampai takat mana lagi tak tau la...kekadang tu rase cam nak nangis... nak ngadu pun dah takde orang... I just miss u Mus... kalau Mus ada tentu kita boleh tukar2 citer... and lepaskan tensenkan.. Just miss u alots...

Kenangan bersama Musni (tengah) di Penang...

Archives