Tuesday, August 17, 2010

Keluhan Hati Ummi dan Abuya

Kadang-kala diri seakan terkejut dengan pelbagai berita yang mengharukan... Tidak kira di ruang udara malah di dada akhbar... Berita pembuangan anak..tersiar di mana-mana. Tidak kira tempat, tidak kira masa. Nyawa seakan tiada nilainya. Boleh diadakan dan boleh ditiadakan dengan sekelip mata. Ahhh... tidak faham aku dengan sikap manusia ini. Sudah diibaratkan seperti haiwan yang bertopengkan manusia. Sungguh tidak berperikemanusian.

Muhammad Ariff Shafiq, Muhammad Ammar Asyraf dan Nur Ilyasha Qistina.. kamulah racun dan penawar hidup Ummi dan Abuya. Kamulah harta kami di dunia dan akhirat. Kehadiran kalian sememangnya kami nanti-nantikan.

Ariff.. kehadiranmu menjiwai hidup kami setelah 3 tahun menunggu. Kesabaran yang dibayar dengan gelak tangismu... diikuti Ammar 2 tahun kemudiannya...memeriahkan lagi hidup Ummi dan Abuya. Sungguh ceria hidup ini melihat kalian membesar. Qistina...kami tunggu kewujudan mu 10tahun lamanya. Adakalanya kesabaran itu mula pupus, tapi kami tidak pernah putus berdoa. Akhirnya, penantian kami berbayar kami... senyum manismu mewarnai alam ini.

Anak-anak... Ummi dan Abuya mendoakan agar kamu menjadi anak yang soleh dan solehah. Jadilah insan yang berguna di dunia dan akhirat. Anak-anak... kami tidak mengharapkan yang besar cuma harapan agar kamu tetap menjadi diri kamu sampai bila-bila.
Ummi dan Abuya senantiasa menyayangi kamu. Dan, senantiasa menghargai kehadiran kamu di dunia ini. Lihatlah tragedi sadis diluar sana di mana anak-anak yang dibuang keluarga... janganlah itu berlaku dikalangan keluarga kita. Hargailah nyawa sesama manusia kerana itulah satu-satunya pemberian Tuhan yang maha bererti.
Sesungguh anak-anakku...kamulah dambaan hati kami selama-lamanya.

Archives