Monday, October 8, 2012

CubaanKu Yang Pertama!

Salam Sahabat,

Apa khabar semua? Semoga sihat sejahtera hendaknya? heheheh...cam ayat poyo je kan...yelah kita perlulah beradap...bagi salam...tanya khabar...takanlah nak terus terjah je. Tak manis dipandang orang.

Kita selalu tenguk dan baca entri kawan-kawan yang selalu share tentang masakan. Kadang-kadang tu boleh terliur bila tenguk gambar-gambar makanan yang yummy dan superb delicious...hehehe. Tak kisahlah masakan Asia ke, masakan Barat ke. Adakalanya gambar nasi panas yang tengah berwap-wap berlauk sambal tumis dengan ikan kering pun dah boleh buat perut tetiba jadi lapar.

Tetiba teringat plak kelazatan Shepherd Pie yang opis mate buat masa majlis potluck kat opis. Hmmm...kita memang tersangatlah sukanya kalau menu2 yang semusim dengannya. Tapi nak buat taklah pandai sangat. So sebab teringin sangat nak makan, kita pun apalagi start la menggoogle resepi Shepherd Pie tersebut. Tenguk dalam peti ais, ok barang2 sumer ada. So apalagi bermulalah operasi percubaan pertama memasak Shepherd Pie tersebut. Tak taulah versi apa hasilnya nanti.
Ini rupa bentuk inti Sherpherd Pie kita. Kita ikut resepi dalam google then ubahsuai sikit ikut keselesaan...hahahaha.
Bahan-bahannya:
Daging Cincang Ramly Burger. Sayur Campuran, Cendawan Butang, Tomato Puree, Lada Hitam, Sos Worcestershire (beli kat Giant) Garam dan serbuk perasa. Bawang Merah dan Bawang Putih serta Butter untuk menumis.
Ini pulak kentang yang telah direbus dan lenyek-lenyek bersama butter dan fresh milk.

Bila dah lenyek, kita letak atas inti tadi dan sedia untuk dibakar.

Sebelum bakar tu, kita ada tabur sedikit cheese mozarella kat atas kentang tu...saje bagi sedap hehehe... 

Dan akhirnya, selepas menunggu lebih kurang 30 minit, inilah hasilnya...
Nampak sedap kan? hehehe...memang sedap tak sampai 1 jam dah tinggal suku...dibelasah oleh anak-anak. Alhamdulillah cubaan pertama berjaya. Lepas nie boleh lah berangan-angan nak masuk Master Chef....hahahaha....

Okeylah setakat ini sajalah entri kita kali ini. Moral of the story, usah takut untuk mencuba sesuatu yang baru dan usah gusar menghadapi hasilnya. Kerana orang yang takut pada cabaran adalah orang-orang yang takut berhadapan dengan kehidupan. Hidup ini penuh dengan warna-warni. Kita yang bertanggung-jawab untuk mencoraknya dengan lakaran yang kira inginkan.

Tuesday, September 18, 2012

Nak cakap ke tak?


Salam Sahabat,

Tau tak?

Tau apa?

Awak tak tau ke?

Yelah…tau apanya?

Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya. Hah! Tau ke tak?

Ohhh…tapi apa maksudnya ya?

Hmmm…pernah tak awak rasa kata-kata awak tu sukar nak diterima-pakai. Kadang-kadang apa yang kita cakap, macam menampakkan kebodohon kita.

Kenapa ya boleh jadi macam gitu?

Sebab awak tak pernah fikir apa kesan kata-kata awak itu pada orang yang mendengar. Kadang-kadang awak ibaratkan orang yang awak nak kata itu tiada perasaan. Cuba awak fikir atau rasa dulu dalam hati sebelum awak bercakap atau hendak meluahkan apa yang awak hendak kata itu. Fikir sedalam-dalamnya betul ke apa yang awak hendak kata itu. Kaji dulu kesannya. Cuba bayangkan pula kalau awak berada di tempat orang yang mendengar  samada orang itu akan rasa sakit hati ke, sedih ke, marah ke atau kecewa.

Jadi janganlah jadi seperti orang bodoh, yang bercakap tanpa beralas, berkata tanpa berfikir. Lagipun kita kan dibesarkan dalam kelompok orang yang mempunyai budaya dan berbudi pekerti tinggi, jadilah orang yang bijaksana apabila hendak berkata sesuatu, memberi pendapat atau walaupun hanya untuk menegur. Berhemahlah. Jangan ikut perasaan. Lagi-lagi kalau ianya melibatkan sahabat di sekeliling kita  karena sahabat adalah cara Tuhan untuk menunjukkan bahwa Dia tak ingin kamu sendirian.

Sekarang tau ke tak? Harap-harap dah tau lah kan. Berhati-hatilah bila berkata-kata supaya kita tidak akan dipandang rendah atau dianggap bodoh atau yang lebih ngeri dicop sebagai orang yang tidak berhati-perut. 

Ehh..awak. Awak jangan kecik hati tau. Kita tak marah awak. Ini untuk bagi peringatan pada diri kita juga. Supaya sentiasa menjaga lidah dalam pertuturan harian. Jumpa lagi!

Monday, September 17, 2012

Syawal Yang Berlalu



Salam Sahabat Semua, 
Dari pagi tadi memang terasa dah macam nak share something kat blog nie. Tapi sebab sibuk sangat maka waktu ini ajalah yang free.

Diam tak diam, berlalu sudah Syawal tahun ini kan? Tentu hari ini ramai yang sibuk melunaskan jemputan para sahabat, saudara-mara serta  jiran tetangga yang sudi mengundang kita ke majlis rumah terbuka. Ialah dah jadi trend orang zaman sekarang suka buat majlis saat-saat akhitr. Bukan apa alasannya masa awal-awal Syawal, kita sibuk balik kampung. Ziarah kaum-keluarga terdekat. Lepas habis cuti, mula kerja dah takda masa. Jadi tunggu hari cuti ajalah yang boleh layan tetamu. Munasabah juga kan alasan tu. 

Yang penting niat kita ikhlas. Kita pun selagi boleh semua undangan kita hendak dipenuhi. Tapi ialah mungkin kekangan masa membatasi. Yang penting kita sudah cuba tidak menghampakan tuan rumah yang mengundang. Tapi jika masih ada yang tidak dipenuhi, hanya ampun dan maaf mampu disampaikan. Jika ada usia bertemu juga dilain masa. So no heart feeling ekk.

Actually kita cuma terfikir, berlalunya Syawal ini adakah memberi kesan kepada kita. Pernah tak kita terfikir apa manfaatnya. Atau kita hanya rasa ianya hanya kewajipan alam. Bulan berganti bulan. Tiada apa yang istimewa. Kalau itu yang terlintas difikiran anda, alangkah ruginya. Yang pastinya setiap kejadian Allah itu ada hikmah disebaliknya. Terpulang pada kita bagaimana untuk memanafaatkannya. Betul tak?

 Bagi kita memang banyak betul keistimewaan bulan Syawal. Yelah. Bulan lain kalau tetiba kita minta ampun dan maaf dengan orang, mesti dorang pelik. Silap-silap dorang kata kita buat tabiat. Yang paling seronok dalam bulan ni lah kita boleh buat jejak kasih...heheheh. Ramai yang ambil berkat bulan yang indah ini untuk menyatukan semula persahabatan atau tali persaudaraan yang mungkin sudah lama putus. Bermaafan serta melupakan sengketa yang mungkin ada. Jadi pada orang-orang yang telah mengabaikan peluang ini. Sememangnya anda dalam kelompok orang-orang yang rugi.  

Apa-apa pun peluang itu telah berlalu. Kenalah tunggu tahun depan. Itu pun kalau kita panjang umur. Takpalah walau apapun alasan anda. Pilihan di tangan anda. Yang buruk itu datangnya dari kita insan yang lemah dan yang indah-indah itu datangnya dari ALLAH. Renung-renungkalah ya... 

Thursday, September 13, 2012

Salam Sahabat,

Lama sungguh kite tak update blog ni kan? Tak ada Idea? Hmmm...macam ada, macam takda. Malas ke? Nak kata malas sangat tu tak lah cuma tak sempat aje. Okeyla dah mengarut ke mana pulak kite ni kan?

Apa sebenarnya yang kite nak share ekk? Hmm...bukannya ada cerita hangat pun, cuma dalam hati ni ada something yang terbuku. Kalau tak dikeluarkan boleh jadi penyakit agaknya. Cuba cerita sikit. Apa yang terpendam sangat tu? Orang kata kalau asyik memendam perasaan tak elok. Lama-lama kita yang merana. Betul juga kata orang tu, mula-mula macam tak kisah sangat tapi bila dah lama-lama boleh buat kite rasa bosan dan yang paling ngeri sampai rasa tak tau nak buat apa.

Semua orang ada impian kerjaya kan? Kite pun ada gak? Sesungguhnya impian kerjaya kite terlalu tinggi. Kerana apa? Kerana kite bermula dari bawah. Macam-macam jenis kerja kite dah buat. Berbagai bidang, berbagai pengalaman. Kite belajar berbagai perkara. Macam-macam. Bak omputeh cakap, from zero....Kite belajar sendiri tahu. Sebab apa? Bukan sebab kite ni berlagak pandai atau sombong. Sebab memang kite terpaksa belajar sendiri. Kite berusaha untuk mendapatkan ilmu-ilmu tu.

Jadi sekarang, kite pun mahu semua adik-adik yang diluar sana pun buat apa yang kite pernah lakukan. Bukan sebab kite tak mahu berkongsi ilmu. Tapi bagi kite, semua itu ada batasnya. Zaman sekarang ni, kite lebih memerlukan orang-orang yang lebih berketrampilan, proaktif dan berdaya saing. Dah takde dah zaman menadah tangan menunggu semuanya dijamu didepan lutut.

Kasar ye bahasa kite. Maaflah kalau ada yang terasa. Kite hanya meluahkan apa yang kite rasa. Sebab kite fikir kite perlu bersuara. Segalanya berkemungkinan. Kite pun bukanlah perfect sangat. Kite pun masih perlu banyak belajar. Jadi sahabat-sahabat, maaflah kalau ada yang tersinggung diatas bicara ini. Bukan niat kite melukakan hati sesiapa. Tetapi kite mahu satu perubahan. Dan mungkin dengan perubahan itu akan menguntungkan kite semua.


Be not afraid of growing slowly; be afraid only of standing still.
Chinese Proverb

Wednesday, August 15, 2012

Teruskan Tradisi Itu


"Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama. Meraikan aidil fitri yang mulia. Restu ayah bonda kuharapkan selalu ...." 

Salam sahabat.
Bulan Syawal semakin hampir. Ramadhan bakal menjauhkan diri. Mungkin semua sedang sibuk dengan persiapan menyambut Aidilfitri kan... saya pun begitu juga. Tapi tidaklah keterlaluan, hanya ikut kemampuan dan sekadar ada.

Di sebalik kita semua begitu teruja untuk menyambut hari raya... adakalanya terlintas di fikiran bagaimanakah tradisi raya disambut oleh setiap individu. Yang sudah berumahtangga tentu dengan tanggungjawabnya. Mencium tangan kedua ayah bonda sudah menjadi satu acara rasmi yang sepatutnya tidak dilupakan. Alangkah bahagianya momen tersebut sambil dikelilingi adik-beradik dan saudara-mara. Namun bagaimana pula pada yang jauh diperantauan. Masih adakah tradisi tersebut. Mungkin dengan adanya teknologi masa kini, jurang yang jauh masih dapat didekatkan. Menatap wajah insan tua yang melahirkan dan membesarkan kita walau di laman skype mungkin boleh menghilang rasa rindu walau sedikit malah sudah amat memadai.

Tapi bagi yang telah menjadi yatim piatu. Mungkin momen ini sukar untuk diulang semula. Kalau sudah berumahtangga, ayah bonda mertua sebagai pengganti. Bagi yang masih sendiri? Kesendirian itu tentu menyakitkan. Yang dewasa tentu mengerti, tapi yang masih kecil, pelukan ayah bonda amat didambakan. 

Renung-renungkanla wahai sahabat semua. Alhamdulillah bagi kita yang masih punya peluang untuk meneruskan tradisi ini. Janganlah dilupai insan-insan yang begitu berjasa pada kita kerana tanpa mereka tiadalah kita.

Thursday, April 26, 2012

RINDU! RINDU?

 
Salam semua. Jumpa Lagi!

RINDU! RINDU? Hmmm… kadang-kala kita pun tak tahukan kenapa adanya perasaan ini. Atau sememangnya kita faham apa sebenarnya maksud rindu itu. Yalah. Bila kita teringatkan seseorang, kita cakap kita RINDU. Bila tiba-tiba waktu tengah malam, kita terkejut dari tidur. Kita rasa perasaan kita tak tenang. Teringat sesuatu? RINDU? Hati kita rasa meluap-luap, macam nak berlari mengejarkan sesuatu atau seseorang. Sebab apa? Rasa sebak. Rasa pilu. Macam nak menangis. Semuanya bagai serba tak kena. Barangkali RINDU kah itu?

Terus je macam nak menyanyi lagu dari kumpulan “SPOON” …
“Rindu... rindu serindu-rindunya,
namun engkau tak mengerti….oooooo”

Apa sebenarnya rindu tu ya? Saya ada terbaca dalam satu forum bila sedang google mencari maksud Rindu ni.
Alamak! Puitisnya. Hmmm… rasa-rasa macam faham tak? Cuba dengar-dengar lagu “LEFTHANDED” ni pulak…
“Ku di halaman rindu, Tiada harum tiada madu
oh kesalku membeku di kalbu
Oh sayangku penawar rindu
Oh kasih ku hanyalah untuk mu”
Hah! Walau apapun terjemahan RINDU itu pada kalian semua. Janganlah sampai melangkaui batas. Ingatlah kita masih bertapak di bumi yang nyata. Bersyukurlah kerana kurniaan ALLAH ini amat indah. Dan perliharalah keindahan perasaan itu dengan seadanya. WASALAM.


Thursday, April 5, 2012

Otak ada tapi Akal tiada!

Salam kekawan. Lama gak tak update blog nie. Mesti korang sumer ingat saya ni macam biskut. Sekejap ada, sekejap takde. Takpun macam sabut…tenggelam…timbul…tenggelam…timbul.
Minta maaflah kekawan sumer ye…bukan apa, kalau ikutkan macam-macam dalam kepala otak ni yang nak dikongsikan tapi apakan daya, kengkangan kerja mengatasi segalanya….oooiisssyyy….mulalah ayat klasik den keluar…hehehe…
Okeyla. Sebenarnya nak share statement kat bawah ni pada kekawan sumer. Cuba baca.
 "Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."

Hah! Kalau didalami setiap batah perkataan tu, sememang 101% betul. Cuma bila kita ingatkan balik berbagai-bagai peristiwa, kejadian malah senario yang berlaku sekarang ni, seakan-akan menggambarkan manusia kini lahir tanpa otak.
Oppsss…jangan marah ye. Bukan saya maksudkan kekawan sumer. Tapi orang-orang yang di luar sana tu. Orang-orang yang dah tak ada kesedaran sivik, peri kemanusian, yang dah kosong jiwa dan pengertian sesame insan. Macam nak nangis pun ada bila difikirkan…hehehe..
Tapi yelah kekawan. Kekadang kita selalu menyalahkan antara satu sama lain. Menuding jari kesana-sini tanpa mahu memuhasabah diri sendiri.
Semoga kekawan ekk, kita tak tergolong dalam kumpulan orang-orang yang sudah beku otaknya. Yang sudah mati akal fikiran. Kerana yang pastinya… anugerah ALLAH yang satu ini adalah sebaik-baiknya ciptaan.
"Ciptaan Tuhan yang tidak Ternilai!"

Tuesday, March 6, 2012

KECEWA...Faham?

Orang selalu kata, ayat-ayat dalam blog aku nie..tinggi sangat pengertiannya...hehehe...mengalahkan cam A.Samad Said. Tapi kalau dah memang ada bakat...apa nak dikatakan heh..heh...perasan plak aku. Hari ni aku nak citer pasal kecewa. Kenapa? Sebab aku memang tengah kecewa. Kecewa sebab apa? Dengan siapa? Hmmm...aku kecewalah...kecewa....perasaan aku nie rasa camtu...so aku kecewalah. Ialah sebab apa? Kecewa sebab gagal bercinta kah? Sebab tak dapat barang yang dihajati kah? Sebab apa yang kau azamkan tak tercapai kah? Hmmm...susah nak cakap. Tapi yang pasti jiwa aku terasa cam dihiris-hiris...woww...ayat drama la plak...tapi yang memang aku sedang kecewa.

OKEY...Okey...sudah! Sebenarnya aku sendiripun tak tahu kenapa aku rasa kecewa. Sebab aku tak faham sebenarnya makna kecewa itu. Tapi apa kata kalau aku share dengan korang sumer erti kekecewaan...manalah tau boleh terbit sikit kefahaman tentang perasaan kurnia ALLAH tukan...so apa lagi...teruskan membaca...Adios!!!!

Kecewa? Adakah anda pernah merasakanya? Tapi kenapa? Semua orang pasti mudah untuk mengatakan kecewa, termasuk juga aku. Tapi, apa makna kekecewaan itu sebenarnya jika kita sendiri tidak pasti bagaimana untuk meluahkannya.
Kecewa pada diri? Atau, kecewa pada kegagalan? Entah-entah kecewa itu hanya satu perasaan yang memang sengaja kita cipta. Kita selalu bersyukur kerana kita menang, malah gembira apabila kita Berjaya. Tapi bila kita kalah, bila kita tidak mencapai apa yang kita inginkan. Adakah kita kecewa? Adakah kita kecewa? Ya, itulah yang kita rasakan. Adakalanya kita merasakan seakan dunia kita berhenti sejenak.
Hanya  Allah s.w.t. yang lebih mengerti. Setiap kejayaan dan kegagalan ada hikmah disebaliknya. DIA yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya dan kita hanya disuruh berusaha. Usahlah kecewa. Teruskanlah usahamu dan bertawakallah.
Kerana setiap orang yang berusaha untuk mencari kebahagian setelah mengalami berbagai kegagalan, ia perlu beringat, kekecewaan baginya belum berakhir dan kegembiraan pula masih belum berputik. Pasrahlah dan kemudian redhalah atas ketentuanNYA.

Monday, January 16, 2012

Janganlah makan seorang!

Hi kekawan. Betul tak kalau saya kata semua orang suka makan. Tak kita apa juga jenis makanan (untuk orang Islam, kenalah yang halal kan) semua orang nak mencuba. Western ke, Italian ke, Jepun ke, Asia ke...tak kira la...apa je yang nampak sedap dihidangkan depan mata, mesti kita nak makan kan.


So kalau dah suka makan tu, kenalah juga share dengan orang lain. Kalau sedap, lailah wajib kena beritahu sebab biar orang lain pun dapat merasai kenikmatan yang kita dapat. Kan baik kalau suka berkongsi. Tapi kalau yang tak elok tu jangan lah dijaja pulak. Tak baik bercakap pasal keburukan. Biarlah kita berkongsi yang baik-baik dan yang enak-enak je. OK apa kata kekawan klik SINI sebab sambil kekawanberkongsi citarasa, kekawan juga akan diberi ganjaran.

Openrice.com, the most comprehensive dining guide that rewards you for your food reviews! Don’t miss out! #MakanNShare

Friday, January 13, 2012

Sharing is Caring!

Build the #ChurpChurp community with your friends & be the first to share the latest promotions!

Hi kekawan... kalau saya nak cerita...tak cukup page kat blog ni. So kalau nak lebih tahu tentang apa itu ChurpChurp community, adalah lebih afdal kalau kekawan sumer klik link di atas. For sure you will not regret.

Jadi apa tunggu lagi....KLIK la sekarang.

Thursday, January 12, 2012

Soal...Jawab....Soal....Jawab

Suatu hari, Ammar bertanya pada Umminya yang sedang menonton TV.

Ammar: Ummi magnify tu apa?
Ummi:   Cuba tenguk kamus. (dengan tidak menfokuskan  
             pada soalan tu.)
Ammar: Kalau magnifying?
Ummi:   Cuba tenguk kamus.
Ammar: Ummi dalam English, mendapatkan tu apa ye?
 Ummi:   Cuba tenguk kamus.
Ammar: Ummi ni takde jawapan lain ke?
Ummi:   Soalan-soalan yang Ammar tanya tu kan Ammar
             boleh terus rujuk kamus.
Ammar: Kalau Ammar nak tenguk kamus, tak payahlah
             Ammar tanya Ummi.
Ummi:   pulakkkkk.....???

Kesimpulannya, budak-budak zaman sekarang nak mudah aja kan.

Wednesday, January 11, 2012

Books...Bear....sesuatu untuk dikongsi...FRIENDSHIP

Hai semua... Nothing to share...cuma apa yang saya rasa saya suka berkongsi.
Ok sebenarnya nak cakap pasal apa yang saya buat semalam. Waktu datang kerja, drop by jap kat kedai buku MPH....then  tertanya-tanya pulak. Buku apa nak beli nie...ye? Does she love to read? but saya memang suka beli buku samada untuk diri sendiru atau untuk dihadiahkan kepada orang lain. so buat pusingan kat rak-rak buku yang ada tu, ternampaklah buku ini.
So think of ....buku yang bagus...boleh memotivasikan diri and anyway ilmu yang ada tu bukan just untuk diri sendiri tapi boleh dikongsi bersama. So tak kisahlah kalau tak suka membaca sekalipun tapi kalau niat dah ada InsyaAllah (atleast 1 page per day)

Ok dah settle tapi nak bagi buku je ke? Alamak...hmmm...takpela...korban sikit duit p jalan ke Famous Amos then apa lagi....ingat nak beli coklat je...tapi takpela bukan selalukan...for Bam Bam....then it becomes....

Cute tak?
hopefully my deary Ayu, you luv it and Happy Birthday!

Tuesday, January 10, 2012

2012....Tahun Baru...Yang Baru Itu Tahun!!!

Assalamualaikum semua.... kawan-kawan, sahabat-handai, teman-teman.... tak kisah lah sesapa ajelah yang rasa nak baca blog saya... nie... (sebab ada teman cakap, bahasa dalam blog saya nie berat...heheheh berat ekkk....berapa kilo agaknya ye?)

Sebenarnya tak tau apa sebenarnya nak tulis pun.... sebab bila buka je blog nie... dalam hati terus berkata-kata...siannya awak ye, lama kita tak bersua...tak menurunkan kata-kata manis...ayat-ayat pahit....madah-madah geram....hahahah dah mula dah bahasa jiwang....sorry Ayu....

Tapi memang kadang-kadang bila masuk je tahun baru, macam-macam azam mula bermain dikepala. Nak buat itulah...nak tukar inilah...begitulah...beginilah...lama-lama yang barunya Tahun tapi orang-orangnya still lama.

Oleh itu, untuk tidak membuang masa kalian semua membaca entri saya yang tah apa-apa ini, saya just nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU (harap tak terlewat sangatlah ye) dan semoga apa yang anda semua azamkan (termasuk saya...hehehe) akan tercapai dan berkekalan...InsyaAllah.

Archives