Wednesday, August 15, 2012

Teruskan Tradisi Itu


"Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama. Meraikan aidil fitri yang mulia. Restu ayah bonda kuharapkan selalu ...." 

Salam sahabat.
Bulan Syawal semakin hampir. Ramadhan bakal menjauhkan diri. Mungkin semua sedang sibuk dengan persiapan menyambut Aidilfitri kan... saya pun begitu juga. Tapi tidaklah keterlaluan, hanya ikut kemampuan dan sekadar ada.

Di sebalik kita semua begitu teruja untuk menyambut hari raya... adakalanya terlintas di fikiran bagaimanakah tradisi raya disambut oleh setiap individu. Yang sudah berumahtangga tentu dengan tanggungjawabnya. Mencium tangan kedua ayah bonda sudah menjadi satu acara rasmi yang sepatutnya tidak dilupakan. Alangkah bahagianya momen tersebut sambil dikelilingi adik-beradik dan saudara-mara. Namun bagaimana pula pada yang jauh diperantauan. Masih adakah tradisi tersebut. Mungkin dengan adanya teknologi masa kini, jurang yang jauh masih dapat didekatkan. Menatap wajah insan tua yang melahirkan dan membesarkan kita walau di laman skype mungkin boleh menghilang rasa rindu walau sedikit malah sudah amat memadai.

Tapi bagi yang telah menjadi yatim piatu. Mungkin momen ini sukar untuk diulang semula. Kalau sudah berumahtangga, ayah bonda mertua sebagai pengganti. Bagi yang masih sendiri? Kesendirian itu tentu menyakitkan. Yang dewasa tentu mengerti, tapi yang masih kecil, pelukan ayah bonda amat didambakan. 

Renung-renungkanla wahai sahabat semua. Alhamdulillah bagi kita yang masih punya peluang untuk meneruskan tradisi ini. Janganlah dilupai insan-insan yang begitu berjasa pada kita kerana tanpa mereka tiadalah kita.

Archives