Monday, May 2, 2011

Biarlah Aku Tahu Akan Diriku

Pernahkah kita bertanya kenapa orang suka meletakkan kesilapan pada bahu orang lain? Pernahkah kita bertanya kenapa orang suka menunding jari mengatakan segala punca kekhilafan pada orang lain? Pernah kita bertanya kenapa orang takut mengaku salah? Pernahkah kita bertanya kenapa orang suka melihat jiwa orang lain menjadi tidak tenteram?

Ingin juga aku bertanya pada yang suka menyalahkan orang lain, apakah keuntungan bebuat demikian. Ingin juga ku bertanya pada yang suka menunding jari, adakah tidak ada sekelumit perasaan bersalah. Ingin juga aku bertanya pada yang tidak berani mengaku salah, tidak percayakah pada diri sendiri. Ingin juga aku bertanya pada yang suka menghancurkan perasaan orang, tidak adakah rasa empati mahupun simpati.

Adakala aku rasa rimas pada rasa hati. Kadang-kadang jemu dengan kekacauan pada jiwa. Rasanya ingin bebas dari segala kekalutan duniawi namun itu yang harus kutempuh sepanjang hayat. Bukan aku hendak mengeluh tapi kekadang tidak tahu bagaimana mahu merungkai segala yang kusut. Akhirya aku sendiri yang tersungkur kerana terlalu ingin menjaga hati-hati yang jujur. Tapi jujurkah aku? Ikhlaskah aku dalam ingin merungkai segalanya.

Harus aku juga yang perlu memuhasabah diri. Anggaplah saja, apa yang berlaku punya hikmah disebaliknya. Agar aku menjadi umat yang lebih berwaspada. Menjadi insan yang lebih kenal akan diri sendiri. Biarlah aku yang mengimbas kealpaan diri. Mencari kelemahan dan menangisi kerugian yang ditanggung agar dapat aku insafi.

Monday, April 18, 2011

12 days to 12 months....

12 days? 12 months? Why? Apa yang akan berlaku? Alamak!!!

Nothing? Cuma, 12 hari lagi genaplah setahun umur baby girl saya.... siapa lagi kalau bukan Nur Ilyasha Qistina. Hehehe...saja nak bagi gempak. Perasaan saya? Tak boleh nak diungkap. Happy sangat! Takut pun ada. Risau apatah lagi. Yelah dengan berbagai cabaran yang akan datang dalam membesarkan anak zaman millenium ni... memang terasa begitu gusar dan menakutkan.

Kids nowadays, memang terlalu advance. Dengan mood dia orang yang bermacam ragam, adakalanya mood kita pun bole jadi tak tentu arah. Tapi sebagai orang dewasa yang lebih lama hidup dan berpengalaman, kita seharusnya lebih tenang dalam menangai masalah anak-
anak kecil ni.

Qistina? Sitembam ni pun sama juga. Mood sentiasa berubah. Tiap-tiap hari ada sahaja benda baru yang nak di explore. Sampai kekadang tak terlayan dibuatnya. Sebab itulah saya suka membaca dan melayari pelbagai laman web yang memaparkan cara-cara atau pengalaman ibu-bapa lain dalam meladeni kerenah anak-anak kecil mereka. Dengan harapan ianya dapat membantu saya. Salah satunya dengan sign-up laman FB Nestle Junior Club. Berbagai info akan anda dapat disana. Bukan info aja tau macam-macam lagi.

So you all kat luar sana? Bagaimana? Ada masalah melayani mood anak2? Apa lagi...sign-up la sekarang....coz...



How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Archives