Thursday, May 28, 2009

Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan

Pernah tak terdengar kata pujangga yang berbunyi....

Jangan terlampau mendongak ke langit kerana langit pun tak setinggi mana...
Jangan terlalu menundukkan ke bumi kerana bumi pun tak serendah itu....

Sememangnya dalam hidup ni kita tidak boleh terlalu mengikut kata hati. Segala perbuatan, percakapan, penglihatan malah pendengaran perlu ada batasan. Setiap yang terbit di ruang minda pun perlu difikir dan ditenung berulang kali.

Bukan apa, kadang-kala kita tidak sedar apa yang kita ucapkan boleh menyentuh hati seseorang. Adakala tu, bila berkata-kata kita rasa diri kita lah yang paling bagus kalau dibandingkan dengan orang lain. Bak kata orang tu, ego mesti dijaga.... hehehehe... tapi sebaliknya bila kita bereaksi begitu menampakkan diri kitalah yang paling corot... bila cakap macam lawak bodoh jadinya.

Ada pulak tu, kadangkala kita ni terlalu merendah diri sebab takut kalau apa yang kita ungkapkan menampakkan kebodohan kita tapi sebenarnya tak. Kita perlu berani meluahkan pendapat dan pendirian kita. Betul atau salah pendapat kita itu terpulang pada persepsi masing-masing. Dan perlu ingat kalau kita ni asyik merendah diri je.. mengangukkan aje pada apa yang orang katakan lama-lama kepala kita pun kena pijak. Akhirnya jadila kita seperti sabut kata pantai dihanyut ombak ke tengah ke tepi tanpa haluan.

Kesimpulannya, rakan-rakanku sekalian. Jadilah diri sendiri. Bertindak apabila perlu. Berdiamlah apabila setuju. Insyaallah kita akan menjumpai titik tengah di dalam realiti kehidupan. Wow! Macam ahli falsafah pulak. Tapi itula... hidup ini atas kehendak kita. Jadi, corakkanlah ia mengikut kemahuanmu tanpa mempertikaikan lumrah alam.

Jangan biarkan perahu itu hanyut. Kemudilah ia agar sampai ke pelabuhannya.

Monday, May 18, 2009

"Don't walk in front of me, I may not follow; Don't walk behind me, I may not lead; Walk beside me, and just be my friend."

When talk about friendship, it makes me thinking. Apakah yang dimaksudkan sebuah persahabatan. Adakah apabila kita mulakan satu teguran hanya dengan perkataan "Hai.." ia telah menjadikan diri kita dan orang lain sahabat? Adakah bila kita hulurkan salam dan disambut juga dengan salam kita telah menjadi seorang kawan? Munkin juga ya dan mungkin juga tidak.

How about me? Bagi Aida, sesiapa saja boleh menjadi sahabat atau kawan Aida. Malah mungkin jikalau sidia itu pernah memusuhi Aida dan kini ingin menjadi sahabat Aida tetap Aida terima.

But why? Aida tak takutke yang mereka itu hanya berpura-pura. Menghulurkan salam persahabatan hanya kerana ada helah disebaliknya.

Untuk apa kita takut. Kita tak mungkin rugi apa-apa. Yes its true? But bila-bila masa saja mereka ini boleh menjatuhkan diri mu. Bagi Aida, kita bertawakal saja. Allah sentiasa ada bersama orang-orang yang sabar walau teraniaya.

Sahabat... kawan... rakan... teman..... adalah satu-satunya perkataan ajaib yang diciptakan untuk kita hargai. Walau seburuk mana sekalipun penampilannya, ia tetap kurniaanNYA yang tidak ternilai. Dan kamu-kamu yang di sana, hargailah sahabatmu sebagaimana kamu menghargai dirimu sendiri.

And for me, you are my best....best..... friends in the WORLD


Kasihku, Sayangmu... Sayangku, Kasihmu...

Surah Ar-Ruum, ayat 21 yang bermaksud:
“Dan antara tanda kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untukmu isteri-isteri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya antara kamu rasa kasih dan sayang.”

Sesungguhnya, perkahwinan tidak hanya sekadar perhubungan serta perkongsian hidup antara lelaki dan perempuan tetapi lebih daripada itu. Setiap apa yang kita saksikan di muka bumi Allah ini hidup mempunyai pasangan. Lihat saja kejadian di langit dan di bumi. Tanah yang tidak sama rata, berpasangan antara tinggi dan rendahnya. Daratan berpasangan dengan lautan. Lihatlah keindahan malam dipasangkan dengan cerahnya siang meliputi alam. Demikian juga, makhluk yang dicipta Allah tidak kira binatang atau manusia semuanya ada berpasangan, jantan dengan betinanya serta lelaki dengan perempuannya.

Indahnya lumrah alam ini seindah penciptanya.... Indahnya segala yang telah tertulis diazali untuk diriku dan dirimu sebagai hambanya. Aku bersyukur kerana segala apa yang disediakan untuk menjadikan aku insan yang tabah.

Archives