Thursday, June 18, 2009

Satu ketika dulu.....

Bila duduk termenung sorang-sorang ni mulalah berbagai-bagai kenangan terlintas difikiran. Tak kiralah kenangan pahit ke manis ke. Yang pasti, semua itu menjadikan hidup kita ini lebih berwarna-warni... macam pelangi. Dari zaman kanak-kanak, masuk zaman remaja... lepas tu zaman belajar... zaman masa mula-mula masuk ke alam pekerjaan... kalau nak cerita memang tak cukup buku dibuatnya... oppss sekarang tak pakai buku dah.... E-Buku....hehehe... memang kalau orang baca pun tak tau yang mana satu nak dibuat skrip drama atau filem... sebab dah banyak sangat sampai tak larat nak baca.

Masa tengah duk belek gambar-gambar dalam thumdrive tu terjumpa lah satu folder namanya Vietnam... hah.. teringat pulak pada satu email dari seorang kawan tu, Inin. Dia kata,"Aku dah baca dah blog kau. Okeyla.. tapi apasal tak masukkan gambar-gambar masa kat UPM dulu. Tak bestla." Bukan saya tak nak masukkan cuma memang saya nie low profile sikit masa tu... hehehe... perasan. Untuk tidak menghampakan kawan-kawan, jadi saya ceritalah serba sedikit kenangan masa kat UPM tu. Masa di UPM, saya ambil kursus komunikasi. Sebab apa saya ambil kursus tu? Mungkin sebab saya suka bercakap kot. Lepas tu dalam bercakap tu saya suka masukkan elemen motivasi. Nak kata sebab nak jadi pakar motivasi tak jugaklah sebabnya, kerja saya sekarang langsung takde kena-mengena dengan komunikasi. Tapi adalah sikit-sikit bila saya bagi training atau couching pasal kerja. Belajar ni pun sebab memang dah terminat sangat nak belajar dan sebab memang dah bercita-cita masa kecik-kecik dulu yang saya nak tunjukkan kat semua orang yang saya akan dapat pegang segulung ijazah walau macam mana susah sekali pun. Maka rezeki nak sambung belajar ni pun datang masa dah berkahwin dan ada anak dua. Jangan tak tau dalam sibuk memegang 5 jawatan sekaligus, Ibu, Isteri, Anak, Pekerja dan Pelajar, saya tetap berjaya mendapat Ijazah Kelas Pertama. Dan yang paling best pinjaman MARA yang saya ambil saya tak payah bayar..... Masa belajar dulu, memang banyak aktiviti yang kami lakukan. Maklumlah kursus komunikasi, jadi praktikal lebih banyak dari teori. Kalau nak cerita memang panjang lebar, jadi apa kata kalau anda-anda semua berminat dengan kursus ini, lawatilah laman web UPM, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Hah... carilah informasi di situ.
Gambar ini saya ambil masa melawat ke Vietnam dulu. Lawatan sambil belajar. Bukan lawatan Cik Kiah tau. Ni kira kitarang punya projek paper la. Bukan senang nak realisasikan lawatan ni tau sebab banyak benda kena buat macam nak cari sponsor, kitarang kena adakan makan malam, jual meja, lepas tu jual tshirt... akhirnya sampai jugalah kami semua ke bumi Vietnam.

Antara aktiviti yang diadakan semasa lawatan ke Universiti Vietnam. Hah... jangan tak tau, bukan aja budak-budak Vietnam yang ternganga tenguk persembahan kitarang, pensyarah dengan kawan-kawan yang lain pun turut terkedu tenguk saya yang dah lama pencen menari ni menari lagu Noraniza Idris.



Acara seterusnya ialah...apalagi kalau tak bershoping. Tenguk Cik Effa kita tu, kalau boleh satu Vietnam tu dia nak bawa balik.

Tu apa kena pulak dengan budak Kamarul tu. Nak terbang ke mana sampai Alin kena tarik dia. Kalau nak tahu, ini adegan yang tak sempat di sensored masa lawatan ke stesen TV di Vietnam.

Ini takde tempat lain ke nak bertenggek. Heheh... kontrol ayulah konon. Ni masa lawatan ke tempatt-tempat bersejarah di Vietnam. Seronok memang seronok. Kalau nak download semua gambar kat sini memang sampai besuk pagi pun tak habis.


Gadis-gadis pingitan di Vietnam....(Effa, Kak Yah, saya, Zee, Alin dan Inin)

Sunday, June 14, 2009

Kenapa kita berubah???


Adakala orang berubah kerana orang lain. Tak kiralah sebab keluarga, kekasih atau kawan. Ada yang berubah sebab inginkan kemajuan dalam hidup. Adakalanya kita berubah kerana ingin melupakan peristiwa yang telah lalu. Yang pasti, orang berubah sebab inginkan perubahan. Agama sendiri menggalakkan umat-umatnya supaya berubah. Berhijrah dari satu destinasi ke satu destinasi yang baru. Dan, perubahan itu perlulah yang sewajarnya memberikan kebaikan untuk dirinya dan orang-orang dikelilingnya.

Bagi diriku, aku sentiasa ingin berubah. Berhijrah dari segi perwatakan, penampilan malah pendirian. Walaupun begitu, aku tetap berharap walauapapun perubahan yang berlaku tidak akan menjadikan aku seorang yang lain. Bagiku, perubahan itu tidak akan membuatkan orang-orang disekelilingku menjauhkan diri. Penghijrahan itu tidak akan membuatkan alam mencemuhku. Biarlah sesuatu yang baru dan segar itu menjadikan aku lebih disenangi, disayangi malah dilindungi.

Begitu juga harapanku buat teman-teman disekeliling. Pujangga ada berkata, "The best way to prepare for life is to begin to live". Lihatlah kehadapan, jangan ditoleh lagi pada yang lampau, berubahlah bila perlu, berdiam jika setuju, berhijrah untuk maju, ke arah kebaikan semestinya dituju. Dan yang pasti, bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat yang kamu ingin pergi. jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

Wednesday, June 3, 2009

Kenangan sewaktu kecil kadang-kala bisa membuatkan kita tersenyum sendirian. Manakan tidak bila menyelongkar ruang laci di almari lama terbit semula foto-foto kenangan yang membawa kita kembali ke masa lampau yang penuh kemeriahan.

Aku pernah bertanya pada Ibu, semasa kecil dulu aku ni nakal tak? Ibu kata aku ni bukannya nakal tapi tak reti nak duduk diam. Apa yang abang-abang dengan kawan-kawannya buat aku pun nak ikut sama. Perangai pun dah macam lelaki. Tapi aku tahu walau aku ni agak "Tomboi" dulu, mak dan ayah tetap sayang. Maklumlah anak perempuan seorang.

Pernah tak dihati kita apabila pertama kali menjenguk wajah ke muka dunia tentang segala yang telah disediakan untuk diri kita? Sebenarnya, tak sekelumit pun terbit diruang sanubari kita akan segala apa yang telah disediakan untuk kita di dunia ini. Kita lahir bak mutiara. Putih bersih tanpa ada secalit pun warna kelabu pada diri kita. Kita sendirilah yang mencorakkan kehidupan kita dengan berbagai warna.

Aku selongkar lagi foto-foto lama kat dalam laci. Jumpa pula gambar aku dengan abang-abangku. Dulu masa aku kecil memang aku amat rapat dengan kedua-dua abangku. Maklumlah aku bukannya ada kawan. Kalau ada pun semuanya kawan-kawan abang aku. Apalagi lagi panjang pokoklah... main bola la.... itulah permainan aku masa kecik-kecik. Nak harap aku main pondok-pondok. Hmmm... tak merasalah.
Zaman kanak-kanak memang indah sekali. Terbayang diruang mata jerit pekik ketika aku berebut barang mainan. Gelak ketawa ketika menyambut ayah pulang dari kerja. Merengek-rengek di kaki ibu bila inginkan perhatian. Hmm... segalanya bagai baru semalam terjadi.

Kini masing-masing telah dewasa. Punya kehidupan sendiri. Punya tanggungjawab sendiri. Masa lalu hanya tinggal kenangan. Sememangnya sewaktu kecil kita di dalam dakapan penuh kasih sang ibu, kita diasuh, dibesarkan dengan penuh tawakal. Doa tidak pernah luput dari bibir semoga anak yang dilahirkan menjadi insan yang berguna. Sehening kasih ibu, seindah cinta ayah, kita membesar sebagai insan yang penuh dengan tanggungjawab.
Setelah dewasa lahirlah cita-cita mengikut kehendak sendiri. Adakala protes dari ayah dan keluarga tidak pernah dihiraukan kerana yakin akan kebolehan sendiri. Akhirnya mereka sendiri akur yang si anak telah dewasa dan mampu berdikari.
Aku juga demikian. Walaupun aku anak perempuan, aku tidak pernah sekalipun mahu mengalah akan ketentuan alam. Demi cita-cita, segala apa yang direncanakan akan aku usahakan sehingga berhasil. Bak kata orang, walau seribu badai melanda namun mengaku kalah tanpa berjuang tidak pernah sekali.

Inilah langkah perjuanganku. Langkah kegigihan untuk mencapai segulung ijazah walaupun terpaksa mengharung berbagai liku perjuangan. Inilah impianku. Inilah azamku. Dengan berkat doa suami tercinta. Bersama dorongan keluarga tersayang. Diiringi langkah sahabat-handai yang memahami segala apa yang dicitakan telah berada dalam gengaman. Namun bukan setakat ini perjuanganku. Masih terasa jauh perjalanan yang perlu kulalui. Masih terlalu luas pengalaman yang ingin kurenangi. Semuanya kerana impian yang tidak pernah padam. Cita-cita yang tidak pernah hilang. Yang pasti langkah kegigihan ini akan tetap ku teruskan semoga menjadi pendoman buat generasiku di masa hadapan.


Archives