Tuesday, September 18, 2012

Nak cakap ke tak?


Salam Sahabat,

Tau tak?

Tau apa?

Awak tak tau ke?

Yelah…tau apanya?

Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya. Hah! Tau ke tak?

Ohhh…tapi apa maksudnya ya?

Hmmm…pernah tak awak rasa kata-kata awak tu sukar nak diterima-pakai. Kadang-kadang apa yang kita cakap, macam menampakkan kebodohon kita.

Kenapa ya boleh jadi macam gitu?

Sebab awak tak pernah fikir apa kesan kata-kata awak itu pada orang yang mendengar. Kadang-kadang awak ibaratkan orang yang awak nak kata itu tiada perasaan. Cuba awak fikir atau rasa dulu dalam hati sebelum awak bercakap atau hendak meluahkan apa yang awak hendak kata itu. Fikir sedalam-dalamnya betul ke apa yang awak hendak kata itu. Kaji dulu kesannya. Cuba bayangkan pula kalau awak berada di tempat orang yang mendengar  samada orang itu akan rasa sakit hati ke, sedih ke, marah ke atau kecewa.

Jadi janganlah jadi seperti orang bodoh, yang bercakap tanpa beralas, berkata tanpa berfikir. Lagipun kita kan dibesarkan dalam kelompok orang yang mempunyai budaya dan berbudi pekerti tinggi, jadilah orang yang bijaksana apabila hendak berkata sesuatu, memberi pendapat atau walaupun hanya untuk menegur. Berhemahlah. Jangan ikut perasaan. Lagi-lagi kalau ianya melibatkan sahabat di sekeliling kita  karena sahabat adalah cara Tuhan untuk menunjukkan bahwa Dia tak ingin kamu sendirian.

Sekarang tau ke tak? Harap-harap dah tau lah kan. Berhati-hatilah bila berkata-kata supaya kita tidak akan dipandang rendah atau dianggap bodoh atau yang lebih ngeri dicop sebagai orang yang tidak berhati-perut. 

Ehh..awak. Awak jangan kecik hati tau. Kita tak marah awak. Ini untuk bagi peringatan pada diri kita juga. Supaya sentiasa menjaga lidah dalam pertuturan harian. Jumpa lagi!

Monday, September 17, 2012

Syawal Yang Berlalu



Salam Sahabat Semua, 
Dari pagi tadi memang terasa dah macam nak share something kat blog nie. Tapi sebab sibuk sangat maka waktu ini ajalah yang free.

Diam tak diam, berlalu sudah Syawal tahun ini kan? Tentu hari ini ramai yang sibuk melunaskan jemputan para sahabat, saudara-mara serta  jiran tetangga yang sudi mengundang kita ke majlis rumah terbuka. Ialah dah jadi trend orang zaman sekarang suka buat majlis saat-saat akhitr. Bukan apa alasannya masa awal-awal Syawal, kita sibuk balik kampung. Ziarah kaum-keluarga terdekat. Lepas habis cuti, mula kerja dah takda masa. Jadi tunggu hari cuti ajalah yang boleh layan tetamu. Munasabah juga kan alasan tu. 

Yang penting niat kita ikhlas. Kita pun selagi boleh semua undangan kita hendak dipenuhi. Tapi ialah mungkin kekangan masa membatasi. Yang penting kita sudah cuba tidak menghampakan tuan rumah yang mengundang. Tapi jika masih ada yang tidak dipenuhi, hanya ampun dan maaf mampu disampaikan. Jika ada usia bertemu juga dilain masa. So no heart feeling ekk.

Actually kita cuma terfikir, berlalunya Syawal ini adakah memberi kesan kepada kita. Pernah tak kita terfikir apa manfaatnya. Atau kita hanya rasa ianya hanya kewajipan alam. Bulan berganti bulan. Tiada apa yang istimewa. Kalau itu yang terlintas difikiran anda, alangkah ruginya. Yang pastinya setiap kejadian Allah itu ada hikmah disebaliknya. Terpulang pada kita bagaimana untuk memanafaatkannya. Betul tak?

 Bagi kita memang banyak betul keistimewaan bulan Syawal. Yelah. Bulan lain kalau tetiba kita minta ampun dan maaf dengan orang, mesti dorang pelik. Silap-silap dorang kata kita buat tabiat. Yang paling seronok dalam bulan ni lah kita boleh buat jejak kasih...heheheh. Ramai yang ambil berkat bulan yang indah ini untuk menyatukan semula persahabatan atau tali persaudaraan yang mungkin sudah lama putus. Bermaafan serta melupakan sengketa yang mungkin ada. Jadi pada orang-orang yang telah mengabaikan peluang ini. Sememangnya anda dalam kelompok orang-orang yang rugi.  

Apa-apa pun peluang itu telah berlalu. Kenalah tunggu tahun depan. Itu pun kalau kita panjang umur. Takpalah walau apapun alasan anda. Pilihan di tangan anda. Yang buruk itu datangnya dari kita insan yang lemah dan yang indah-indah itu datangnya dari ALLAH. Renung-renungkalah ya... 

Thursday, September 13, 2012

Salam Sahabat,

Lama sungguh kite tak update blog ni kan? Tak ada Idea? Hmmm...macam ada, macam takda. Malas ke? Nak kata malas sangat tu tak lah cuma tak sempat aje. Okeyla dah mengarut ke mana pulak kite ni kan?

Apa sebenarnya yang kite nak share ekk? Hmm...bukannya ada cerita hangat pun, cuma dalam hati ni ada something yang terbuku. Kalau tak dikeluarkan boleh jadi penyakit agaknya. Cuba cerita sikit. Apa yang terpendam sangat tu? Orang kata kalau asyik memendam perasaan tak elok. Lama-lama kita yang merana. Betul juga kata orang tu, mula-mula macam tak kisah sangat tapi bila dah lama-lama boleh buat kite rasa bosan dan yang paling ngeri sampai rasa tak tau nak buat apa.

Semua orang ada impian kerjaya kan? Kite pun ada gak? Sesungguhnya impian kerjaya kite terlalu tinggi. Kerana apa? Kerana kite bermula dari bawah. Macam-macam jenis kerja kite dah buat. Berbagai bidang, berbagai pengalaman. Kite belajar berbagai perkara. Macam-macam. Bak omputeh cakap, from zero....Kite belajar sendiri tahu. Sebab apa? Bukan sebab kite ni berlagak pandai atau sombong. Sebab memang kite terpaksa belajar sendiri. Kite berusaha untuk mendapatkan ilmu-ilmu tu.

Jadi sekarang, kite pun mahu semua adik-adik yang diluar sana pun buat apa yang kite pernah lakukan. Bukan sebab kite tak mahu berkongsi ilmu. Tapi bagi kite, semua itu ada batasnya. Zaman sekarang ni, kite lebih memerlukan orang-orang yang lebih berketrampilan, proaktif dan berdaya saing. Dah takde dah zaman menadah tangan menunggu semuanya dijamu didepan lutut.

Kasar ye bahasa kite. Maaflah kalau ada yang terasa. Kite hanya meluahkan apa yang kite rasa. Sebab kite fikir kite perlu bersuara. Segalanya berkemungkinan. Kite pun bukanlah perfect sangat. Kite pun masih perlu banyak belajar. Jadi sahabat-sahabat, maaflah kalau ada yang tersinggung diatas bicara ini. Bukan niat kite melukakan hati sesiapa. Tetapi kite mahu satu perubahan. Dan mungkin dengan perubahan itu akan menguntungkan kite semua.


Be not afraid of growing slowly; be afraid only of standing still.
Chinese Proverb

Archives