Thursday, April 26, 2012

RINDU! RINDU?

 
Salam semua. Jumpa Lagi!

RINDU! RINDU? Hmmm… kadang-kala kita pun tak tahukan kenapa adanya perasaan ini. Atau sememangnya kita faham apa sebenarnya maksud rindu itu. Yalah. Bila kita teringatkan seseorang, kita cakap kita RINDU. Bila tiba-tiba waktu tengah malam, kita terkejut dari tidur. Kita rasa perasaan kita tak tenang. Teringat sesuatu? RINDU? Hati kita rasa meluap-luap, macam nak berlari mengejarkan sesuatu atau seseorang. Sebab apa? Rasa sebak. Rasa pilu. Macam nak menangis. Semuanya bagai serba tak kena. Barangkali RINDU kah itu?

Terus je macam nak menyanyi lagu dari kumpulan “SPOON” …
“Rindu... rindu serindu-rindunya,
namun engkau tak mengerti….oooooo”

Apa sebenarnya rindu tu ya? Saya ada terbaca dalam satu forum bila sedang google mencari maksud Rindu ni.
Alamak! Puitisnya. Hmmm… rasa-rasa macam faham tak? Cuba dengar-dengar lagu “LEFTHANDED” ni pulak…
“Ku di halaman rindu, Tiada harum tiada madu
oh kesalku membeku di kalbu
Oh sayangku penawar rindu
Oh kasih ku hanyalah untuk mu”
Hah! Walau apapun terjemahan RINDU itu pada kalian semua. Janganlah sampai melangkaui batas. Ingatlah kita masih bertapak di bumi yang nyata. Bersyukurlah kerana kurniaan ALLAH ini amat indah. Dan perliharalah keindahan perasaan itu dengan seadanya. WASALAM.


Thursday, April 5, 2012

Otak ada tapi Akal tiada!

Salam kekawan. Lama gak tak update blog nie. Mesti korang sumer ingat saya ni macam biskut. Sekejap ada, sekejap takde. Takpun macam sabut…tenggelam…timbul…tenggelam…timbul.
Minta maaflah kekawan sumer ye…bukan apa, kalau ikutkan macam-macam dalam kepala otak ni yang nak dikongsikan tapi apakan daya, kengkangan kerja mengatasi segalanya….oooiisssyyy….mulalah ayat klasik den keluar…hehehe…
Okeyla. Sebenarnya nak share statement kat bawah ni pada kekawan sumer. Cuba baca.
 "Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."

Hah! Kalau didalami setiap batah perkataan tu, sememang 101% betul. Cuma bila kita ingatkan balik berbagai-bagai peristiwa, kejadian malah senario yang berlaku sekarang ni, seakan-akan menggambarkan manusia kini lahir tanpa otak.
Oppsss…jangan marah ye. Bukan saya maksudkan kekawan sumer. Tapi orang-orang yang di luar sana tu. Orang-orang yang dah tak ada kesedaran sivik, peri kemanusian, yang dah kosong jiwa dan pengertian sesame insan. Macam nak nangis pun ada bila difikirkan…hehehe..
Tapi yelah kekawan. Kekadang kita selalu menyalahkan antara satu sama lain. Menuding jari kesana-sini tanpa mahu memuhasabah diri sendiri.
Semoga kekawan ekk, kita tak tergolong dalam kumpulan orang-orang yang sudah beku otaknya. Yang sudah mati akal fikiran. Kerana yang pastinya… anugerah ALLAH yang satu ini adalah sebaik-baiknya ciptaan.
"Ciptaan Tuhan yang tidak Ternilai!"

Archives