Tuesday, August 25, 2009

Fanatik nye....wei!!!!

Talking about fanaticism. Do you know what it means? Fanaticism is misplaced enthusiasm, over zealous, no spiritual self control. Nak senang cakap, fanaticism atau fanatik nie bila seseorang itu minat atau sukan akan seseorang atau sesuatu sehingga sanggup melakukan apa sahaja yang adakalanya boleh memudaratkan diri sebab perasaan terlalu minat atau suka tu sudah tidak boleh dikawal.

Kenapa tetiba saya terdetik nak memperkatakan tentang perkara nie. Bukan untuk tujuan memperbahaskannya cuma terkenang akan sang suami yang terlalu minat dan suka akan seorang selebriti terkenal hinggakan bila menyanyi sebijik orang ingat che abang tersayang ni selebriti tersebut.

Baru-baru nie Che Abang ada mempelawa saya meyaksikan Konsert selebriti yang amat disanjunginya ini. Kalau sumer nak tahu siape selebriti pujaan sang suamiku ini lain tak bukan ialah JAMAL ABDILLAH. Saya nie bukan jenis orang yang boleh fan kepada sesiapa atau apa-ape pun. Bukan namanya berlagak cuma bagi sama semua manusia tu sama cuma Tuhan mengurniakan seseorang itu dengan bakat dan keistimewaan tertentu. My hubby memang addore giler dengan Jamal Abdillah. Bak kata orang pantang kaset atau konsert terbaru pujaannya diadakan dia pasti akan cuba memperolehinya. Sejak dari zaman bujang lagi.. sampai mula2 tu keluarga saya pernah menggiatkan saya... "Ohhh...aida, kau fall in love with him because of his voice...ekkk?" Tolong sikit...

So berlokasikan pentas dunia di Istana Budaya, Konsert Kembara Jamal diadakan. Aku memang kagum dengan sumer peminat Jamal. Ada yang datang dari jauh just untuk memberikan sokongan padu pada selebriti bersuara emas ini. Termasuklah hubby aku yang sepanjang konsert sama-sama menghayati bait-bait kata dari lagu yang didendangkan.

Aku memang admit Jamal.. penyanyi tersohor yang suaranya tidak dapat ditandingi oleh sesiapa. Sikapnya yang sabar dan tabah dalam mengharungi ranjau hidup amat mengagumkan. Bagiku tidah salah bagi peminat-peminatnya memujanya dengan setulus ikhlas kerana beliau turut ikhlas mendendangkan setiap kenangan hidupnya untuk dikongsi bersama.

Minat atau tidak itu perkara kedua. Fanatik hanya sikap manusia biasa cuma bagiku janganlah ia sampai memudaratkan diri. Seperti sang suamiku yang tercinta. Memang dia tidak menafikan dia seorang peminat Jamal Abdilah yang fanatik tapi baginya minat dan kesukaan perlu ada batas. Dan batas-batas tu menjadikan kita seorang peminat yang bermaruah.

So guys... if you like or love someone or something...just go ahead. Nobody will disturb you...but just do not stop thinking. Use your brain when doing something eventhough you really want to do it. Because we all are just normal human beings.

Cuti-cuti Malaysia

Lama rasenya saya tak menjenguk ke laman ini. Bukan dah lupa atau sengaja hendak melupakan. Tapi kerana masa tidak mengizinkan. Maklumlah rutin harian yang tidak pernah mahu melepaskan tanggungjawabnya walau sepicing.

So... bila tengah ada masa nie... baik dipergunakan sebaik mungkin kan...

Nape tajuk citer saya kali nie Cuti-Cuti Malaysia? Nak tau kenape? Bukan. Bukan iklan cam kat TV tu... Ni memang betul-betul pi cuti-cuti tapi kat dalam Malaysia jela.... Memang dari awal lagi saya ngan kawan2 satu opis nak pegi bercuti... lebih sebulan jugakla kitarang sumer merancang percutian nie... Lokasi, sape nak pegi, duduk kat mana... sumernya... so tercapailah impian kami untuk bercuti bersama pada 1hb hingga 3hb August 2009. Lokasi pilihan kami ialah Pulau Pinang. Punya la seronok wei.... dapat bercuti lepas asyik terperuk kat opis dengan bermacam-macam kerenah. Pergi pun bukan saja ditemani oleh family tersayang tapi bersama-sama juga rakan2 yang dikasihi (Musni, Puspha n Alex). Nak dikirakan cuma saya jela yang bawak family yang lain solo maklumlah still single.

Tapi tula orang kata kita cuma dapat merancang namun Tuhan yang menentukan... sampai kami di Pulau Pinang telah disambut dengan hujan lebat. Konon macam VVIP la. hehehehe.... lepas tu masing2 pun baru lepas baik demam so agak terbantut jugala segala perancangan yang kononnya nak merayap satu Penang. Buatlah mana yang termampu ajela ekkk....

Hari pertama memang takleh nak g memane... anak2 pun just habiskan masa dengan mandi kolam. Tu pun redah je walau hujan gerimis. Maklumlah bebudak memamng pantang nampak air. Nak jadi citer hari kedua pun sama. Awal-awal pagi dah hujan. Lepas minum kiterang redah gak ke Batu Feringgi. Kalau nak tunggu hujan teduh alamat terperap kat bilik je la.... Dari Batu Feringgi kami ke Bukit Fraser... komain seronok rasenya nak menuju kepuncak walau masing2 badan rasa kebah tak kebah je dari demam. Puspha paling seronok sampai tak ingat nak balik... habis hutan kat Bukit Fraser tu dia jelajah... Boleh join pakar Arkeologi ni.

Malam tu kiterang sumer makan kat Gurney Drive... pastu lepak kat tepi tebing merenung air laut yang semakin surut sambil melayan Ammar dan Ariff main belon.

Kalau masa datang hari tu kami menyusuri Jambatan kali ni waktu untuk pulang kami sumer dok pakat naik Feri... hmmm seronok sungguh... pastu singgah kat Juru makan kari kepala ikan... yummy....

Walaupun percutian kali ini tidak seperti yang dirancang namun ia tetap meninggalkan kenangan manis bersama kalian... insyaallah lain kali kita plan lagi tapi make sure pasnie kena check dengan Jabatan Kajicuaca and for sure masing2 kena jaga kesihatan betul2..... hehehe... adios.

Thursday, July 23, 2009

Hari Yang Memenatkan....

I am tired.........

Semalam memang hari yang memenatkan. PENAT dan entah tak tahu apa lagi perkataan untuk digunakan bagi menggambarkan keadaan yang sememangnya sunguh penat, bosan, lesu dan tidak bermaya.

Mak selalu cakap kat aku, "Kerja apa yang tak penat." Hmm...dalam kepala aku pun dok terbayang, kerja apa yang tak penat ekk... duduk goyang kaki pun penat. Yelah... kaki asyik bergoyang je tentu lenguh. Lepas tu kepala asyik duk pikir nak buat benda apa yang tak memboringkan... letih juga. Pendek kata, kalau nak tidur pun boleh jadi memenatkan sebab mata tak mau pejam-pejam.

Hisshh.. nak tau kenapa semalam merupakan hari yang meletihkan bagi aku. Bukannya mengeluh cuma mengenangkan nasib. Kelesuan ni semuanya berpunca dari hari Selasa 21hb Julai 2009... ceh detail la pulak. Hari tu hujan punyalah lebat. Ingat nak sedap-sedap sambung tidur teringat pulak nak pergi ambil anak dari sekolah. Jadinya dalam hujan ribut tu aku pergilah menjalankan tugas sebagai seorang ibu yang penyayang. Punyalah berhati-hati bawa kereta dalam hujan... takut accident.... akhirnya kena langgar jugak. Haru betul minah nie... tak reti bawak kereta agaknya. Adake pergi langgar kereta aku tengah berhenti kat Traffic Light. Nak marah pun ada. Kesian pun ada. Habisnya kitarang settle kat situ ajala... janji dia nak bayar gantirugi kerosakan kereta aku sudah. Malas aku nak memanjang-manjangkan cerita.

Mula-mula tu minah tu kata dia nak carikan workshop untuk repair kereta aku. Sudahnya, aku juga yang terpaksa kehulu kehilir dok settle dan deal harga repair bumper kereta yang dah pecah sebab workshop yang dia cari semua harganya mahal dan dia memang mati-mati minta aku tolong. Aku pun okeylah asalkan minah ni nak bayar ganti rugi dan tak nak buat report polis sudahla. Kalau tak lagi membebankan kepala aku.

So memanglah penat. Sudahnya hari Selasa tu aku pergi kerja dengan keadaan yang tak cukup tidur ditambah lagi dengan rasa terperanjat sebab kena langgar. Sampai office memang rasa lesu dan letih sangat. Hari Rabu aku hantar kereta pi workshop. Alamak... towkey tu kata tak boleh siap dalam satu hari. So terpaksalah aku cakap ngan bos aku minta bagi kelepasan pada aku untuk bekerja dari rumah. Nasib baik bos aku faham. Tapi, kerja sorang-sorang kat rumah nie boring gak... yela.. dok mengadap komputer je. Waktu camni lah aku terasa cam nak berehat dikeliling udara segar dengan deruan bunyi ombak dan ditiup angin sepoi-sepoi bahasa... woww... sikit punya berangan la...

Uwwaaa..... bila nak pi bercuti nie???

Apa-apa pun walaupun penat macam mana sekalipun, aku tetap menjalankan tugas dengan penuh dedikasi... hehehe angkat bakul sendiri la pulak....habis kalau aku tak angkat siapa lagi ye tak... okeyla semoga tamatlah hari yang memenatkan ni.... Hopefully esok kereta aku siap....

Thursday, July 9, 2009

"Believe you can and you're half way there."

Do you believe in yourself? Percaya bahawa kita akan capai apa sahaja yang kita inginkan. Percaya walau dalam apa jua situasi, kita akan mampu mengatasinya. Yang paling penting... believe that you're not alone. Macam lagu Michael Jackson pulak....heheheh.

Yang pasti semakin lama saya hidup, the more I realize the impact of this attitude on my life. Yelah... kata orang, "Kalau kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan. Kalau kau fikir kau ragu-ragu, hidupmu pasti tak menentu." Okey, nyanyi ramai-ramai. Percaya... ya believe is more important than facts. Walauapa pun realiti atau fakta yang terbentang didepan mata, tapi kalau kita percaya bahawa fakta itu palsu maka palsulah dia.

Cuba tenguk kat sidang-sidang dalam mahkamah itu. Memang betul mahkamah untuk mencari keadilan. Tapi adakalanya gerak hati, rasa percaya itu lebih mengatasi segalanya... alamak jangan cakap saya menentang keadilan pulak. Tak pasal-pasal kena tahan ISA pulak.

Maksud saya, kita perlu punya rasa percaya dalam diri kita kerana percaya itu lebih penting dari pengalaman lalu, lebih penting dari orang yang punya education yang tinggi, lebih penting dari money, failures or success malah lebih penting daripada apa yang orang lain nak kata.

Memang betul, we cannot change our past...we cannot change the fact that people will act in a certain way. We cannot change the inevitable. Apa yang boleh kita lakukan dengan rasa percaya ini, kita laksanakan rancangan yang kita ada and that is our.

Saturday, July 4, 2009

HANYA MIMPI

Ku ingin sepertimu... terbang tinggi nun jauh di angkasa raya.
Ku ingin seperti mu.... berenang bebas di lautan yang luas.

Kehijauan yang terbentang...Ciptaan yang maha kuasa...keindahan yang tidak terhingga.... Kelu lidah untuk melafazkan. Terpaku pandangan mata. Dan yang pasti aku adalah antara insan-insan kecil yang terlalu mengagumi keagunganMu...

DREAMS

Semua orang ada impian, mimpi, angan-angan dan berbagai-bagai khayalan yang bermain di dalam kotak fikiran. Tak kiralah samada impian atau khayalan itu akan menjadi realiti atau tidak yang semestinya kita masih mampu untuk bermimpi.

"The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams."

~ Eleanor Roosevelt

Bila bercakap tentang mimpi tentunya ia suatu yang indah. Tapi ada juga mimpi yang menjadikan tidur malam kita sesuatu yang mengerikan. Tapi apa kata kalau kita tak pernah bermimpi... Lagi tak seronokkan. Seolah-olah hidup kita ini kosong dan hambar.

"Dream your dreams with open eyes and make them come true."~ T. E. Lawrence

Betul. Kita perlu bermimpi tentang kenyataan bukan hanya seperti angan-angan Mat Jenin. Bermimpi dan terus bermimpi tetapi tidak pernah hendah berusaha untuk mencapai apa yang diimpikan. Bak kat orang, kita bisa menggapai bintang, jika kita bercita-cita nak jadi angkasawan... hahahaha... buat lawak pulak... gapai dalam mimpi jelah kalau malas dah jadi perkara utama dalam hidup.

"Dream as if you'll live forever... live as if you'll die today "~ James Dean

Alkisahnya... usaha tu tangga kejayaan. Tak kisahlah apa sahaja yang kita mimpikan yang pentingnya kita tetap berpijak di bumi yang nyata. Mencari yang realiti. Dan yang penting jangan lupa untuk bersyukur pada apa yang telah diberi.

"Your aspirations are your possibilities. "~ Samuel Johnson

Ada sesiapa boleh bagi Idea???


Rasa macam nak tulis sesuatu tapi tak ada idea. Memang mental block betul...hehehe.

Apa kata kita tanya kawan-kawan kat luar sana kalau ada sesiapa yang nak bagi idea...

Janganlah kedekut!!!

Pst:- Adakalanya kita perlu sesuatu untuk memotivasikan diri kita.


Thursday, June 18, 2009

Satu ketika dulu.....

Bila duduk termenung sorang-sorang ni mulalah berbagai-bagai kenangan terlintas difikiran. Tak kiralah kenangan pahit ke manis ke. Yang pasti, semua itu menjadikan hidup kita ini lebih berwarna-warni... macam pelangi. Dari zaman kanak-kanak, masuk zaman remaja... lepas tu zaman belajar... zaman masa mula-mula masuk ke alam pekerjaan... kalau nak cerita memang tak cukup buku dibuatnya... oppss sekarang tak pakai buku dah.... E-Buku....hehehe... memang kalau orang baca pun tak tau yang mana satu nak dibuat skrip drama atau filem... sebab dah banyak sangat sampai tak larat nak baca.

Masa tengah duk belek gambar-gambar dalam thumdrive tu terjumpa lah satu folder namanya Vietnam... hah.. teringat pulak pada satu email dari seorang kawan tu, Inin. Dia kata,"Aku dah baca dah blog kau. Okeyla.. tapi apasal tak masukkan gambar-gambar masa kat UPM dulu. Tak bestla." Bukan saya tak nak masukkan cuma memang saya nie low profile sikit masa tu... hehehe... perasan. Untuk tidak menghampakan kawan-kawan, jadi saya ceritalah serba sedikit kenangan masa kat UPM tu. Masa di UPM, saya ambil kursus komunikasi. Sebab apa saya ambil kursus tu? Mungkin sebab saya suka bercakap kot. Lepas tu dalam bercakap tu saya suka masukkan elemen motivasi. Nak kata sebab nak jadi pakar motivasi tak jugaklah sebabnya, kerja saya sekarang langsung takde kena-mengena dengan komunikasi. Tapi adalah sikit-sikit bila saya bagi training atau couching pasal kerja. Belajar ni pun sebab memang dah terminat sangat nak belajar dan sebab memang dah bercita-cita masa kecik-kecik dulu yang saya nak tunjukkan kat semua orang yang saya akan dapat pegang segulung ijazah walau macam mana susah sekali pun. Maka rezeki nak sambung belajar ni pun datang masa dah berkahwin dan ada anak dua. Jangan tak tau dalam sibuk memegang 5 jawatan sekaligus, Ibu, Isteri, Anak, Pekerja dan Pelajar, saya tetap berjaya mendapat Ijazah Kelas Pertama. Dan yang paling best pinjaman MARA yang saya ambil saya tak payah bayar..... Masa belajar dulu, memang banyak aktiviti yang kami lakukan. Maklumlah kursus komunikasi, jadi praktikal lebih banyak dari teori. Kalau nak cerita memang panjang lebar, jadi apa kata kalau anda-anda semua berminat dengan kursus ini, lawatilah laman web UPM, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Hah... carilah informasi di situ.
Gambar ini saya ambil masa melawat ke Vietnam dulu. Lawatan sambil belajar. Bukan lawatan Cik Kiah tau. Ni kira kitarang punya projek paper la. Bukan senang nak realisasikan lawatan ni tau sebab banyak benda kena buat macam nak cari sponsor, kitarang kena adakan makan malam, jual meja, lepas tu jual tshirt... akhirnya sampai jugalah kami semua ke bumi Vietnam.

Antara aktiviti yang diadakan semasa lawatan ke Universiti Vietnam. Hah... jangan tak tau, bukan aja budak-budak Vietnam yang ternganga tenguk persembahan kitarang, pensyarah dengan kawan-kawan yang lain pun turut terkedu tenguk saya yang dah lama pencen menari ni menari lagu Noraniza Idris.



Acara seterusnya ialah...apalagi kalau tak bershoping. Tenguk Cik Effa kita tu, kalau boleh satu Vietnam tu dia nak bawa balik.

Tu apa kena pulak dengan budak Kamarul tu. Nak terbang ke mana sampai Alin kena tarik dia. Kalau nak tahu, ini adegan yang tak sempat di sensored masa lawatan ke stesen TV di Vietnam.

Ini takde tempat lain ke nak bertenggek. Heheh... kontrol ayulah konon. Ni masa lawatan ke tempatt-tempat bersejarah di Vietnam. Seronok memang seronok. Kalau nak download semua gambar kat sini memang sampai besuk pagi pun tak habis.


Gadis-gadis pingitan di Vietnam....(Effa, Kak Yah, saya, Zee, Alin dan Inin)

Sunday, June 14, 2009

Kenapa kita berubah???


Adakala orang berubah kerana orang lain. Tak kiralah sebab keluarga, kekasih atau kawan. Ada yang berubah sebab inginkan kemajuan dalam hidup. Adakalanya kita berubah kerana ingin melupakan peristiwa yang telah lalu. Yang pasti, orang berubah sebab inginkan perubahan. Agama sendiri menggalakkan umat-umatnya supaya berubah. Berhijrah dari satu destinasi ke satu destinasi yang baru. Dan, perubahan itu perlulah yang sewajarnya memberikan kebaikan untuk dirinya dan orang-orang dikelilingnya.

Bagi diriku, aku sentiasa ingin berubah. Berhijrah dari segi perwatakan, penampilan malah pendirian. Walaupun begitu, aku tetap berharap walauapapun perubahan yang berlaku tidak akan menjadikan aku seorang yang lain. Bagiku, perubahan itu tidak akan membuatkan orang-orang disekelilingku menjauhkan diri. Penghijrahan itu tidak akan membuatkan alam mencemuhku. Biarlah sesuatu yang baru dan segar itu menjadikan aku lebih disenangi, disayangi malah dilindungi.

Begitu juga harapanku buat teman-teman disekeliling. Pujangga ada berkata, "The best way to prepare for life is to begin to live". Lihatlah kehadapan, jangan ditoleh lagi pada yang lampau, berubahlah bila perlu, berdiam jika setuju, berhijrah untuk maju, ke arah kebaikan semestinya dituju. Dan yang pasti, bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat yang kamu ingin pergi. jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

Wednesday, June 3, 2009

Kenangan sewaktu kecil kadang-kala bisa membuatkan kita tersenyum sendirian. Manakan tidak bila menyelongkar ruang laci di almari lama terbit semula foto-foto kenangan yang membawa kita kembali ke masa lampau yang penuh kemeriahan.

Aku pernah bertanya pada Ibu, semasa kecil dulu aku ni nakal tak? Ibu kata aku ni bukannya nakal tapi tak reti nak duduk diam. Apa yang abang-abang dengan kawan-kawannya buat aku pun nak ikut sama. Perangai pun dah macam lelaki. Tapi aku tahu walau aku ni agak "Tomboi" dulu, mak dan ayah tetap sayang. Maklumlah anak perempuan seorang.

Pernah tak dihati kita apabila pertama kali menjenguk wajah ke muka dunia tentang segala yang telah disediakan untuk diri kita? Sebenarnya, tak sekelumit pun terbit diruang sanubari kita akan segala apa yang telah disediakan untuk kita di dunia ini. Kita lahir bak mutiara. Putih bersih tanpa ada secalit pun warna kelabu pada diri kita. Kita sendirilah yang mencorakkan kehidupan kita dengan berbagai warna.

Aku selongkar lagi foto-foto lama kat dalam laci. Jumpa pula gambar aku dengan abang-abangku. Dulu masa aku kecil memang aku amat rapat dengan kedua-dua abangku. Maklumlah aku bukannya ada kawan. Kalau ada pun semuanya kawan-kawan abang aku. Apalagi lagi panjang pokoklah... main bola la.... itulah permainan aku masa kecik-kecik. Nak harap aku main pondok-pondok. Hmmm... tak merasalah.
Zaman kanak-kanak memang indah sekali. Terbayang diruang mata jerit pekik ketika aku berebut barang mainan. Gelak ketawa ketika menyambut ayah pulang dari kerja. Merengek-rengek di kaki ibu bila inginkan perhatian. Hmm... segalanya bagai baru semalam terjadi.

Kini masing-masing telah dewasa. Punya kehidupan sendiri. Punya tanggungjawab sendiri. Masa lalu hanya tinggal kenangan. Sememangnya sewaktu kecil kita di dalam dakapan penuh kasih sang ibu, kita diasuh, dibesarkan dengan penuh tawakal. Doa tidak pernah luput dari bibir semoga anak yang dilahirkan menjadi insan yang berguna. Sehening kasih ibu, seindah cinta ayah, kita membesar sebagai insan yang penuh dengan tanggungjawab.
Setelah dewasa lahirlah cita-cita mengikut kehendak sendiri. Adakala protes dari ayah dan keluarga tidak pernah dihiraukan kerana yakin akan kebolehan sendiri. Akhirnya mereka sendiri akur yang si anak telah dewasa dan mampu berdikari.
Aku juga demikian. Walaupun aku anak perempuan, aku tidak pernah sekalipun mahu mengalah akan ketentuan alam. Demi cita-cita, segala apa yang direncanakan akan aku usahakan sehingga berhasil. Bak kata orang, walau seribu badai melanda namun mengaku kalah tanpa berjuang tidak pernah sekali.

Inilah langkah perjuanganku. Langkah kegigihan untuk mencapai segulung ijazah walaupun terpaksa mengharung berbagai liku perjuangan. Inilah impianku. Inilah azamku. Dengan berkat doa suami tercinta. Bersama dorongan keluarga tersayang. Diiringi langkah sahabat-handai yang memahami segala apa yang dicitakan telah berada dalam gengaman. Namun bukan setakat ini perjuanganku. Masih terasa jauh perjalanan yang perlu kulalui. Masih terlalu luas pengalaman yang ingin kurenangi. Semuanya kerana impian yang tidak pernah padam. Cita-cita yang tidak pernah hilang. Yang pasti langkah kegigihan ini akan tetap ku teruskan semoga menjadi pendoman buat generasiku di masa hadapan.


Thursday, May 28, 2009

Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan

Pernah tak terdengar kata pujangga yang berbunyi....

Jangan terlampau mendongak ke langit kerana langit pun tak setinggi mana...
Jangan terlalu menundukkan ke bumi kerana bumi pun tak serendah itu....

Sememangnya dalam hidup ni kita tidak boleh terlalu mengikut kata hati. Segala perbuatan, percakapan, penglihatan malah pendengaran perlu ada batasan. Setiap yang terbit di ruang minda pun perlu difikir dan ditenung berulang kali.

Bukan apa, kadang-kala kita tidak sedar apa yang kita ucapkan boleh menyentuh hati seseorang. Adakala tu, bila berkata-kata kita rasa diri kita lah yang paling bagus kalau dibandingkan dengan orang lain. Bak kata orang tu, ego mesti dijaga.... hehehehe... tapi sebaliknya bila kita bereaksi begitu menampakkan diri kitalah yang paling corot... bila cakap macam lawak bodoh jadinya.

Ada pulak tu, kadangkala kita ni terlalu merendah diri sebab takut kalau apa yang kita ungkapkan menampakkan kebodohan kita tapi sebenarnya tak. Kita perlu berani meluahkan pendapat dan pendirian kita. Betul atau salah pendapat kita itu terpulang pada persepsi masing-masing. Dan perlu ingat kalau kita ni asyik merendah diri je.. mengangukkan aje pada apa yang orang katakan lama-lama kepala kita pun kena pijak. Akhirnya jadila kita seperti sabut kata pantai dihanyut ombak ke tengah ke tepi tanpa haluan.

Kesimpulannya, rakan-rakanku sekalian. Jadilah diri sendiri. Bertindak apabila perlu. Berdiamlah apabila setuju. Insyaallah kita akan menjumpai titik tengah di dalam realiti kehidupan. Wow! Macam ahli falsafah pulak. Tapi itula... hidup ini atas kehendak kita. Jadi, corakkanlah ia mengikut kemahuanmu tanpa mempertikaikan lumrah alam.

Jangan biarkan perahu itu hanyut. Kemudilah ia agar sampai ke pelabuhannya.

Monday, May 18, 2009

"Don't walk in front of me, I may not follow; Don't walk behind me, I may not lead; Walk beside me, and just be my friend."

When talk about friendship, it makes me thinking. Apakah yang dimaksudkan sebuah persahabatan. Adakah apabila kita mulakan satu teguran hanya dengan perkataan "Hai.." ia telah menjadikan diri kita dan orang lain sahabat? Adakah bila kita hulurkan salam dan disambut juga dengan salam kita telah menjadi seorang kawan? Munkin juga ya dan mungkin juga tidak.

How about me? Bagi Aida, sesiapa saja boleh menjadi sahabat atau kawan Aida. Malah mungkin jikalau sidia itu pernah memusuhi Aida dan kini ingin menjadi sahabat Aida tetap Aida terima.

But why? Aida tak takutke yang mereka itu hanya berpura-pura. Menghulurkan salam persahabatan hanya kerana ada helah disebaliknya.

Untuk apa kita takut. Kita tak mungkin rugi apa-apa. Yes its true? But bila-bila masa saja mereka ini boleh menjatuhkan diri mu. Bagi Aida, kita bertawakal saja. Allah sentiasa ada bersama orang-orang yang sabar walau teraniaya.

Sahabat... kawan... rakan... teman..... adalah satu-satunya perkataan ajaib yang diciptakan untuk kita hargai. Walau seburuk mana sekalipun penampilannya, ia tetap kurniaanNYA yang tidak ternilai. Dan kamu-kamu yang di sana, hargailah sahabatmu sebagaimana kamu menghargai dirimu sendiri.

And for me, you are my best....best..... friends in the WORLD


Kasihku, Sayangmu... Sayangku, Kasihmu...

Surah Ar-Ruum, ayat 21 yang bermaksud:
“Dan antara tanda kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untukmu isteri-isteri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya antara kamu rasa kasih dan sayang.”

Sesungguhnya, perkahwinan tidak hanya sekadar perhubungan serta perkongsian hidup antara lelaki dan perempuan tetapi lebih daripada itu. Setiap apa yang kita saksikan di muka bumi Allah ini hidup mempunyai pasangan. Lihat saja kejadian di langit dan di bumi. Tanah yang tidak sama rata, berpasangan antara tinggi dan rendahnya. Daratan berpasangan dengan lautan. Lihatlah keindahan malam dipasangkan dengan cerahnya siang meliputi alam. Demikian juga, makhluk yang dicipta Allah tidak kira binatang atau manusia semuanya ada berpasangan, jantan dengan betinanya serta lelaki dengan perempuannya.

Indahnya lumrah alam ini seindah penciptanya.... Indahnya segala yang telah tertulis diazali untuk diriku dan dirimu sebagai hambanya. Aku bersyukur kerana segala apa yang disediakan untuk menjadikan aku insan yang tabah.

Archives