Thursday, April 26, 2012

RINDU! RINDU?

 
Salam semua. Jumpa Lagi!

RINDU! RINDU? Hmmm… kadang-kala kita pun tak tahukan kenapa adanya perasaan ini. Atau sememangnya kita faham apa sebenarnya maksud rindu itu. Yalah. Bila kita teringatkan seseorang, kita cakap kita RINDU. Bila tiba-tiba waktu tengah malam, kita terkejut dari tidur. Kita rasa perasaan kita tak tenang. Teringat sesuatu? RINDU? Hati kita rasa meluap-luap, macam nak berlari mengejarkan sesuatu atau seseorang. Sebab apa? Rasa sebak. Rasa pilu. Macam nak menangis. Semuanya bagai serba tak kena. Barangkali RINDU kah itu?

Terus je macam nak menyanyi lagu dari kumpulan “SPOON” …
“Rindu... rindu serindu-rindunya,
namun engkau tak mengerti….oooooo”

Apa sebenarnya rindu tu ya? Saya ada terbaca dalam satu forum bila sedang google mencari maksud Rindu ni.
Alamak! Puitisnya. Hmmm… rasa-rasa macam faham tak? Cuba dengar-dengar lagu “LEFTHANDED” ni pulak…
“Ku di halaman rindu, Tiada harum tiada madu
oh kesalku membeku di kalbu
Oh sayangku penawar rindu
Oh kasih ku hanyalah untuk mu”
Hah! Walau apapun terjemahan RINDU itu pada kalian semua. Janganlah sampai melangkaui batas. Ingatlah kita masih bertapak di bumi yang nyata. Bersyukurlah kerana kurniaan ALLAH ini amat indah. Dan perliharalah keindahan perasaan itu dengan seadanya. WASALAM.


No comments :

Post a Comment

Archives