Thursday, May 28, 2009

Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan

Pernah tak terdengar kata pujangga yang berbunyi....

Jangan terlampau mendongak ke langit kerana langit pun tak setinggi mana...
Jangan terlalu menundukkan ke bumi kerana bumi pun tak serendah itu....

Sememangnya dalam hidup ni kita tidak boleh terlalu mengikut kata hati. Segala perbuatan, percakapan, penglihatan malah pendengaran perlu ada batasan. Setiap yang terbit di ruang minda pun perlu difikir dan ditenung berulang kali.

Bukan apa, kadang-kala kita tidak sedar apa yang kita ucapkan boleh menyentuh hati seseorang. Adakala tu, bila berkata-kata kita rasa diri kita lah yang paling bagus kalau dibandingkan dengan orang lain. Bak kata orang tu, ego mesti dijaga.... hehehehe... tapi sebaliknya bila kita bereaksi begitu menampakkan diri kitalah yang paling corot... bila cakap macam lawak bodoh jadinya.

Ada pulak tu, kadangkala kita ni terlalu merendah diri sebab takut kalau apa yang kita ungkapkan menampakkan kebodohan kita tapi sebenarnya tak. Kita perlu berani meluahkan pendapat dan pendirian kita. Betul atau salah pendapat kita itu terpulang pada persepsi masing-masing. Dan perlu ingat kalau kita ni asyik merendah diri je.. mengangukkan aje pada apa yang orang katakan lama-lama kepala kita pun kena pijak. Akhirnya jadila kita seperti sabut kata pantai dihanyut ombak ke tengah ke tepi tanpa haluan.

Kesimpulannya, rakan-rakanku sekalian. Jadilah diri sendiri. Bertindak apabila perlu. Berdiamlah apabila setuju. Insyaallah kita akan menjumpai titik tengah di dalam realiti kehidupan. Wow! Macam ahli falsafah pulak. Tapi itula... hidup ini atas kehendak kita. Jadi, corakkanlah ia mengikut kemahuanmu tanpa mempertikaikan lumrah alam.

Jangan biarkan perahu itu hanyut. Kemudilah ia agar sampai ke pelabuhannya.

No comments :

Post a Comment

Archives